awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amelia Henderson perlu bayar lebih RM200,000 kepada A Aida

Sinar Harian
Sinar Harian
07/04/2023
03:00 MYT
Amelia Henderson perlu bayar lebih RM200,000 kepada A Aida
Amelia Henderson diarah bayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada Jumaat, memerintahkan pelakon, Amelia Henderson membayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd, berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.
Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia selaku defendan telah melanggar terma-terma kontrak dalam filem Sekali Lagi Cinta Kembali.
Dalam prosiding hari ini, peguam, Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku plaintif manakala Wan Nurliyana Abdul Rahman mewakili Amelia.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.
Semasa perbicaraan, seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.
Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.
Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
A Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin, sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.
Bagaimanapun, saman melibatkan A Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amelia Henderson
#terma kontrak
#Sekali Lagi Cinta Kembali
#A Aida Production Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan