Amir Jahari cipta lagu tema Anugerah Seni

Muzaffar Mustapa
April 3, 2014 10:21 MYT
Penyanyi dan komposer Amir Jahari terpilih sebagai pencipta dan penulis lirik lagu tema Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11 tahun ini.
Lagu yang bertajuk Kau Inspirasi itu diilhamkan menerusi pelbagai sesi perbincangan dengan Kakiseni selaku penganjur majlis anugerah tersebut.
"Pihak Kakiseni telah memberikan tema majlis itu pada tahun ini iaitu Pop Yeh Yeh. Saya mencipta lagu tribute tersebut dengan pendekatan yang berbeza kerana selalunya lagu-lagu tribute lebih bernada sedih dan perlahan. Kali ini saya berikan lagu itu tempo yang lebih pantas dan bernada gembira bagi meraikan seniman-seniman tanahair." jelas Amir Jahari sewaktu ditemui di Nominees Party Anugerah Seni BOH Cameronian malam tadi.
Amir bersama bandnya, Amir Jahari Project bakal mempersembahkan lagu tema tersebut di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11 pada 27 April depan di Stadium Negara.
KAU INSPIRASI
Tak pernah bersua, melodimu terpahat dijiwa
P. Ramlee satu lagenda
Teriakkanmu, menggoncang hati pendengar
Usman Awang sang pencinta
Terima kasih
Kau menjadi melodi
Kau menjadi puisi
Kau menjadi inspirasi
Untukku terus berdiri
Dia pembuka mata, pejuang terawal dalam seninya
Krishen Jit, tak ternilai jasanya
Tak kenal erti putus asa, Faridah Merican namanya
Teater menyentuh jiwa semua
Terima kasih
Zahim Albakri, Jo Kukathas, Dalang Dollah Baju Merah, Mavin Khoo, Yudi Yap, Lee Swee Keong, Johan Jaafar, Harith Iskandar, Rosnan Rahman, Marion D'Cruz, Awieeeeeeee!
Kau menjadi melodi
Kau menjadi puisi
Kau menjadi inspirasi
Untukku terus berdiri
#Amir Jahari #Anugerah Seni BOH Cameronia #Kau Inspirasi #Lagu #tema