Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
HIBURAN

Amira Othman dirawat di hospital, Fattah Amin mohon doa

Gempak 17/11/2025 | 02:10 MYT
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Fattah memuat naik gambar katil hospital dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan Amira.
PELAKON Fattah Amin berkongsi isterinya, Amira Othman kini sedang dirawat di hospital.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, pelakon Pendekar Awang itu memuat naik gambar katil hospital dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan Amira.

“Doakan isteri syurga saya, Amira Othman,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, Fattah tidak berkongsi lebih lanjut apa yang terjadi kepada isterinya .

Pelakon tersebut difahamkan memuat naik hantaran tersebut sekitar jam 11 malam tadi.

Ketika dihubungi Gempak, pengurus Fattah Amin iaitu Acha, memaklumkan Amira dimasukkan ke wad kerana demam namun tidak dikongsikan keadaan sebenar pelantun lagu Hati-Hati.

Sekadar info, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Golden Palm Tree, Sepang pada 14 September lalu. - Gempak







#Fattah Amin #Amira Othman #Amira Othman masuk hospital #Fattah Amin kahwin