awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Aidid Marcello kini bergelar hafiz al-Quran

Gempak
Gempak
26/10/2024
03:45 MYT
Anak Aidid Marcello kini bergelar hafiz al-Quran
Difahamkan, Iman berjaya menghafaz 30 juzuk di dalam Al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari. - Gempak
Personaliti televisyen popular, Aidid Marcello mengucapkan rasa syukur atas kejayaan anaknya, Muhammad Iman yang kini sah bergelar hafiz al-Quran.
Menerusi perkongsian Akademi Al-Quran AKMAL di TikTok, Iman bersama bapa dan juga ibunya, Norzie Pak Wan Chek hadir bagi majlis penyampaian sijil yang diadakan pusat pengajian tersebut, baru-baru ini.
Difahamkan, Iman berjaya menghafaz 30 juzuk di dalam Al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari.
“Wahai anakandaku, Alhamdulillah. Anakanda telah menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk menyempurnakan 30 juzuk Al-Quran.
“Ianya juga adalah amanah dan tanggungjawab termulia yang anakanda akan pikul sehingga ke akhir hayat.
“Maka, pada hari ini bonda dan ayahanda memberi amanah kepada anakanda menjaga, mengulang, mengingati serta memperjuangkan Al-Quran sepanjang hidup anakanda,” ujarnya.
Sebelum ini, Aidid dan isterinya mengakui membuat keputusan sukar apabila memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah rendah dan menengah aliran perdana untuk dihantar ke sekolah pendidikan agama.
Kata Aidid, dia enggan dituduh riak namun mahu netizen menitipkan doa buat ketiga-tiga anak lelakinya, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim. - Gempak
Topic Berkaitan
#tahfiz
#Aidid Marcello
#Norzie Pak Wan Chek
#Al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan