awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat sudah bercerai?

Gempak
Gempak
17/05/2023
10:30 MYT
Anak dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat sudah bercerai?
Anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah memberikan komen dalam satu akaun media sosial mengatakan bahawa bapanya sudah menceraikan Fyna. - Gempak
NAMA penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa sudah bercerai dengan suaminya yang juga bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Perkara itu mula menjadi tular apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah memberikan komen dalam satu akaun media sosial dan mengatakan bahawa bapanya sudah menceraikan Fyna.
“Kenapa perlu kongsi balik cerita empat bulan yang lepas? Ibu saya juga tidak ‘berdamai’ dengan sesiapa dan cerita ini tidak benar.
“Dan untuk pengetahuan anda, bapa saya sudah bercerai dengan Fyna. Mohon padam hantaran ini, terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu, entri sebuah portal hiburan itu telah berkongsi semula cerita Fyna sudah berdamai dengan isteri pertama Zainal yang sebelum ini dilaporkan tidak mempunyai hubungan yang baik.
Sebelum ini Fyna pada 9 Januari lalu mengesahkan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC itu namun tidak mendedahkan butiran sebenar bila mereka melangsungkan pernikahan.
Untuk rekod, Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Zainal Abidin Hassan
#Fyna Jebat
#bercerai
#Zahira Aisyah
#Jurulatih Bola Sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan