[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
HIBURAN

Anak didakwa kena tampar pelakon popular, Pasha Ungu minta penjelasan

Gempak 24/06/2025 | 05:45 MYT
Pasha Ungu luah rasa kesal apabila anak lelakinya yang juga pelakon, Kiesha Alvaro telah menjadi mangsa kekerasan di set pengambaran. - Gempak
PENYANYI, Pasha Ungu meluahkan rasa kesal apabila anak lelakinya yang juga pelakon, Kiesha Alvaro telah menjadi mangsa kekerasan di set pengambaran.

Ringkasan AI
  • Pasha Ungu mendakwa anaknya, Kiesha Alvaro, ditampar oleh pelakon Dimas Anggara ketika di lokasi penggambaran, dan menuntut penjelasan serta tanggungjawab daripada pihak produksi.
  • Bekas isteri Pasha, Okie Agustina, turut mengesahkan kejadian tersebut, menyatakan ia bukan gimik dan berlaku di luar skrip ketika sesi blocking.
  • Setakat ini, Dimas Anggara dan pihak produksi belum mengeluarkan kenyataan rasmi, manakala Pasha secara terbuka mencabar Dimas untuk bertemu dan menjelaskan insiden itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, vokalis kumpulan Ungu itu mendakwa bahawa pelakon, Dimas Anggara telah menampar anaknya dan meminta aktor itu untuk berjumpa dengannya dengan kadar segera.
"Suami Nadinelist, Dimas Rangga pelakon sinetron atau apa sahaja, tolong cari saya sekarang. Katanya kamu tampar anak saya di lokasi pengambaran?" luah Pasha kecewa.
Dalam pada itu, Pasha turut meminta pihak produksi untuk memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi.
Pasha turut mengingatkan bahawa lokasi pengambaran seharusnya bebas daripada tindakan kekerasan.
"Saya minta PH Screenplay untuk memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas kejadian terhadap Kiesha.
"Lokasi pengambaran seharusnya aman dari tindakan kekerasan siapa pun tidak kira apa terutamanya pelakon," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti lain menyatakan perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi dan mendoakan agar masalah itu dapat di selesaikan dengan baik. -- Gempak
#Pasha Ungu #anak ditampar #Kiesha Alvaro t #ditampar pelakon popular