Anak hidap kanser, Michael Buble tangguh kerjaya

Madiha Abdullah
November 5, 2016 09:11 MYT
Buble harap peminat mendoakan anaknya segera sembuh. -Foto/Instagram Michael Bubl
PENYANYI antarabangsa, Michael Bublé, berkongsi berita sedih berkenaan anak lelakinya, Noah, yang disahkan menghidap kanser.
Melalui akaun Facebook, penyanyi dari Kanada itu memaklumkan anak sulungnya yang baru berusia tiga tahun itu kini menjalani rawatan di Amerika Syarikat.
Tanpa memperincikan maklumat penyakit Noah, Bublé berkata dia dan isterinya Luisana, sangat terkejut dan sedih dengan berita tersebut.
Bublé juga memberitahu, dia dan Luisana telah menangguhkan semua perancangan kerjaya untuk memberi perhatian kepada Noah.
Tambah Bublé, tiada yang lebih penting daripada keluarga, dan berharap peminat mendoakan Noah segera sembuh.
Bublé dan Luisana, seorang pelakon dan model, berkahwin pada tahun 2011.
Selain Noah, mereka juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Eli, 9 bulan.
#anak #kanser #Michael Buble #Noah