awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak jutawan Vincent Tan, Chryseis umum bakal timang cahaya mata kedua bersama SM Faliq

Gempak
Gempak
05/09/2022
04:05 MYT
Anak jutawan Vincent Tan, Chryseis umum bakal timang cahaya mata kedua bersama SM Faliq
Chryseis berkahwin dengan pewaris Naza Group Faliq Nasimuddin pada tanggal 4 Februari 2018 di The Chetaeau, Bukit Tinggi, Pahang. - Gempak
ANAK jutawan terkemuka dan usahawan Chryseis Tan mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan itu berkongsi berita gembira itu untuk tatapan umum.
“Tak boleh sorok awak lama lagi dah,” tulis Chryseis pada ruangan kapsyen foto yang dimuat naik.
Pada perkongsian tersebut, pewaris Berjaya Group itu mengenakan gaun malam serba hitam sambil memegang ‘baby bump’ yang kini berusia hampir lima bulan.
View this post on Instagram
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat Chryseis dan suami SM Faliq Nasimuddin serta mendoakan kandungannya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
“Congratulations, Arianna dapat adik,” komen seorang wargamaya.
“Awww congratulations! Harap kali ini anak lelaki,” ujar seorang lagi wargamaya.
“Tahniah Chrys dan Faliq,” kata seorang wargamaya.
“Awww ada orang dah nak jadi kakak. Tahniah babe,” tulis seorang wargamaya.
“Saya tak percaya awak hamil 5 bulan. Tahniah!” ucap seorang wargamaya lagi.
Dalam pada itu, Chryseis turut membalas titipan tahniah daripada wargamaya dan teman-temannya dengan ucapan terima kasih.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Chryseis berkahwin dengan pewaris Naza Group Faliq Nasimuddin pada tanggal 4 Februari 2018 di The Chetaeau, Bukit Tinggi, Pahang.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arianna Kyla Tan pada 16 Julai 2020. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Chryseis Tan
#Vincent Tan
#SM Faliq Nasimuddin
#Chryseis hamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan