awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak muda Sarawak hasilkan Carya Pertiwi, gabungan lagu patriotik popular

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2020
06:45 MYT
Anak muda Sarawak hasilkan Carya Pertiwi, gabungan lagu patriotik popular
Carya Collective membantu mengetengahkan bakat-bakat baharu di Sarawak dengan membawa identiti segar dalam penghasilan karya kreatif mereka. -Gambar Astro AWANI
Sekumpulan anak muda memanifestasikan semangat kemerdekaan mereka melalui cara yang begitu indah bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63.
Lagu-lagu popular patriotik seperti Malaysia Oh Tanah Airku’, ‘Bahtera Merdeka’ dan ‘Sejahtera Malaysia’ diserlahkan dalam penciptaan sebuah karya muzik berjudul ‘Carya Pertiwi’.
Menurut Penerbit Eksekutif Carya, Aishah Alias, bagi mencetuskan kepelbagaian, muzik medley ini turut menggabungkan pemuzik tempatan.
“Idea ini dilaksanakan secara kolektif. Bersempena Hari Kemerdekaan tahun ini, kami membawa pemuzik tempatan dari latar belakang dan genre berbeza.
Antara genre yang diserlahkan termasuk irama pop, tradisional dan rock, sekali gus memberi kelainan pada ‘Carya Pertiwi’.
Tambah Aishah, idea seperti ini memberi peluang untuk bakat anak Sarawak diketengahkan selain memberi nafas baharu dalam industri seni tempatan.
“Di bawah syarikat produksi Carya Collective, kami bukan setakat memberi fokus kepada artis sahaja tetapi turut mengetengahkan penggiat industri kreatif di Sarawak secara keseluruhannya. Sebagai contoh dengan penghasilan karya terbaharu kami, ‘Carya Pertiwi’,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di Kuching.
Penerbit Eksekutif Carya, Siti Aishah Alias bersama Pengarah Kreatif, Wan Mohd Nazrin Wan Affandi ketika ditemu bual Astro AWANI.
Penerbit Eksekutif Carya, Siti Aishah Alias bersama Pengarah Kreatif, Wan Mohd Nazrin Wan Affandi ketika ditemu bual Astro AWANI.
Sementara itu, buat Pengarah Kreatif Carya, Wan Mohd Nazrin Wan Afandi, penghasilan ‘Carya Pertiwi’ diharap dapat menarik perhatian anak muda untuk sama-sama bergiat menghasilkan apa-apa sahaja karya kreatif.
Bakat terpendam mereka mampu direalisasikan di bawah Carya Collective yang bertapak di Kuching, Sarawak.
“Bakat-bakat anak muda boleh diserlahkan dan sebagai agensi kreatif, kami membantu untuk menyalurkan karya mereka ke platform yang betul,” ceritanya.
Topic Berkaitan
#Aishah Alias
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Carya Collective
#Carya Pertiwi
#Kuching
#Penerbit Eksekutif Carya
#Pengarah Kreatif Carya
#Wan Mohd Nazrin Wan Afandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan