awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak sulung Ahmad Dhani sah bergelar suami kepada Alyssa Daguise

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2025
09:20 MYT
Anak sulung Ahmad Dhani sah bergelar suami kepada  Alyssa Daguise
Pasangan mempelai itu melangsungkan akad nikah dalam satu majlis yang berlangsung di St. Regis Jakarta, hari ini - Sumber foto/Instagram Imantang
KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada pemuzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani, iaitu Al Ghazali, kini sah bergelar suami kepada kekasih hatinya, Alyssa Daguise.
Pasangan mempelai itu melangsungkan akad nikah dalam satu majlis yang berlangsung di St. Regis Jakarta, hari ini.
Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat dan rakan rapat.
Gambar pasangan itu sah bergelar suami isteri turut dikongsi oleh Pengurus kepada pelakon terkenal tanah air, Nur Fazura iaitu Iman Tang.
“Syukur, alhamdulillah sah,” tulisnya dalam entri di laman sosial Instagram.
Ahmad Dhani yang merupakan vokalis kumpulan Dewa 19, sebelum itu berkongsi momen istimewa menerusi sebuah video yang memaparkan majlis bersiram Al Ghazali yang berlangsung pada Ahad, sebagai sebahagian daripada adat sebelum pernikahan.
Al Ghazali dan Alyssa bertunang di Lake Como, Itali pada 21 September 2024 selepas beberapa tahun menjalin hubungan.
Topic Berkaitan
#Instagram
#Ahmad Dani
#Al Ghazali
#Alyssa Daguise
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami