awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak sulung Michael Jackson umum pertunangan dengan kekasih lama

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2025
05:38 MYT
Anak sulung Michael Jackson umum pertunangan dengan kekasih lama
Prince Jackson (kanan) mengumumkan pertunangan dengan kekasih lama Molly Schirmang (kiri) selepas lapan tahun bersama. -Gambar fail/Instagram Prince Jackson
LOS ANGELES: Prince Jackson, anak sulung kepada legenda muzik Michael Jackson, telah mengumumkan pertunangannya dengan kekasih lama, Molly Schirmang, selepas lapan tahun menjalin hubungan.

Ringkasan AI
  • Prince Jackson, anak sulung Michael Jackson, mengumumkan pertunangan dengan kekasih lama Molly Schirmang selepas lapan tahun bersama.
  • Pengumuman dibuat melalui Instagram dengan muzik latar I Just Cant Stop Loving You nyanyian Michael Jackson dan gambar bersama keluarga termasuk neneknya, Katherine Jackson.
  • Tiada tarikh rasmi perkahwinan diumumkan, dan pengumuman ini hadir selepas adiknya Paris Jackson dilaporkan berpisah dengan tunangnya.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran Instagram pada 26 Ogos, yang memaparkan album foto pasangan tersebut dalam suasana romantik, dengan muzik latar nyanyian Michael Jackson, "I Just Can’t Stop Loving You".
"Lapan tahun berlalu, dan masih berbaki infiniti lagi. Saya dan Molly telah luangkan banyak masa bersama dan mencipta kenangan yang luar biasa.
"Saya teruja untuk memulakan babak seterusnya dalam hidup kami, sambil terus berkembang dan mencipta lebih banyak kenangan indah.
"Saya cintakan awak," tulis Prince.
Pasangan itu mula berkenalan ketika menuntut di Loyola Marymount University pada tahun 2017.
Sepanjang tempoh tersebut, mereka telah mengembara ke pelbagai destinasi, menghadiri acara karpet merah, dan berkongsi detik-detik istimewa termasuk sambutan graduasi Prince.
Antara gambar yang dikongsi termasuk momen bersama nenek Prince, Katherine Jackson, 95, yang tinggal bersama pasangan itu di luar kediaman keluarga Jackson di Hayvenhurst, Encino, California.
Ahli keluarga turut memberikan ucapan tahniah, termasuk sepupu Prince, Taryll Jackson, anak kepada Tito Jackson dari kumpulan Jackson 5, yang menulis “Tahniah!!!” di ruangan komen.
Pengumuman ini hadir kurang sebulan selepas adik perempuan Prince, Paris Jackson, dilaporkan berpisah dengan tunangnya, Justin Long.
Tiada tarikh rasmi perkahwinan diumumkan setakat ini.
Topic Berkaitan
#Michael Jackson
#Molly Schirmang
#Prince Jackson
#umum pertunangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan