awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Tina Turner ditahan kes dadah

Bernama
Bernama
22/06/2023
10:03 MYT
Anak Tina Turner ditahan kes dadah
Ike Turner Jr, yang juga seorang pemuzik, dijatuhi hukuman penjara 18 hari sebelum ibunya meninggal dunia pada usia 83 tahun pada 24 Mei. - Foto Agensi
LOS ANGELES: Ike Turner Jr, anak kepada mendiang pemuzik Ike dan Tina Turner ditahan di Texas bulan lepas selepas disyaki memiliki kokain dan mengganggu bukti, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik majalah People pada Rabu.
Polis di Alvin, Texas, menahan lelaki berusia 64 tahun itu selepas menemui 1.7 gram (g) kokain dan 0.7 g methamphetamine dalam pemilikannya, menurut majalah itu.
Ike Turner Jr, yang juga seorang pemuzik, dijatuhi hukuman penjara 18 hari sebelum ibunya meninggal dunia pada usia 83 tahun pada 24 Mei.
Pegawai dari Jabatan Polis Alvin, Kapten Q.T. Arendell memberitahu People bahawa polis merampas dadah yang dijumpai itu selepas mendapati Turner cuba memakan bahan terlarang itu.
Turner ketika ini ditahan di Penjara Daerah Brazoria dengan jaminan AS$70,000 (RM325,000), lapor People.
Seorang penumpang dalam kereta itu, Jessica Salinas-Esquivel, turut didakwa memiliki bahan terkawal (methamphetamine).
People dan The Times, tidak dapat menghubungi peguam pemuzik itu.
Ike dan Tina Turner memiliki empat orang anak, termasuk Ike Turner Jr.
-- BERNAMA-DPA
Topic Berkaitan
#anak Tina Turner
#Ike Turner Jr
#miliki dadah
#dijatuhi hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan