HIBURAN

Anak Whitney Houston dihantar pulang ke rumah untuk menghembuskan nafas terakhir

Madiha Abdullah 15/06/2015 | 15:55 MYT
Kristina, 22, ditemui pengsan di bilik mandi rumahnya Januari lalu dan tidak pernah sedarkan diri semenjak itu.
Bobbi Kristina, anak tunggal diva antarabangsa, Whitney Houston, dilaporkan akan dibawa pulang ke rumah mendiang ibunya agar dia boleh menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

Kristina, 22, ditemui pengsan di bilik mandi rumahnya Januari lalu dan tidak pernah sedarkan diri semenjak itu.

Laporan media antarabangsa menyatakan keluarga Kristina, termasuk bapanya, Bobby Brown, sangat berharap agar Kristina dibenarkan pulang.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Jika usia Kristina panjang, tentu dia akan gembira jika melihat dirinya berada di rumah apabila sedar nanti. Jika tidak, sekurang-kurangnya dia 'pergi' dikelilingi kenangan bersama orang-orang yang disayangi, termasuk mendiang ibunya," kata satu sumber.

Brown bagaimanapun masih menyimpan harapan agar anaknya itu sedar, dan belum mahu menghentikan mesin sokongan hidup yang dipasang pada Kristina sejak Januari lalu.
#Bobbi Kristina #hiburan #Whitney Houston