Angelina Jolie bakal jadi penyeri dalam filem baharu Marvel?

Asyraf Roslan
April 11, 2019 11:26 MYT
Menurut laporan antarabangsa, Angelina Jolie bakal memengang watak sebagai Sersi dalam filem tersebut. - Gambar IG Angelina Jolie
PELAKON yang sinonim dengan filem Tomb Rider, Angelina Jolie mengesahkan bakal membintangi filem terbaharu Marvel, The Eternals.
Filem ini dikhabarkan akan memulakan pra-produksinya pada September depan.
Menurut laporan antarabangsa, Mirror Jolie bakal memengang watak sebagai Sersi dalam filem tersebut.
Sersi merupakan seorang wanita berkuasa yang hidup berabad lamanya dalam kalangan manusia. Sersi juga berbeza dengan rakan-rakan Eternals yang lain kerana Sersi lebih selesa bergaul dengan manusia.
Watak Sersi turut mempunyai beberapa kelebihan termasuk kekuatan 'superhuman', mampu memanipulasi kuasa atomik dan bersifat kekal.
Namun buat masa ini, hanya watak Angelina sahaja yang diumumkan, barisan pelakon dan karakter lain masih belum didedahkan kepada umum.
Filem ini akan diarahkan oleh pengarah hebat iaitu Chloe Zhao yang terkenal dengan beberapa projek indie seperti Songs My Brother Taught Me.
#Angelina Jolie #Chloe Zhao #filem #Marvel #The Eternals #Tomb Raider