awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota Il Divo ditidurkan, konsert jelajah Krismas ditangguh

Agensi
Agensi
18/12/2021
10:03 MYT
Anggota Il Divo ditidurkan, konsert jelajah Krismas ditangguh
Marin (dua dari kanan) dimasukkan ke hospital Rabu lalu. - Facebook / Il Divo
ANGGOTA kumpulan Il Divo, Carlos Marín terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.
Marín, 53, yang dirawat di Pusat Perubatan Diraja Manchester di England, terpaksa diintubasi kerana keadaannya dilaporkan semakin serius.
Marín dimasukkan ke hospital tersebut Rabu lalu.
Pihak pengurusan kuartet lelaki klasikal itu mengesahkan keadaan Marín dalam satu hantaran di media sosial.
"Rakan kami, Carlos, berada di hospital. Kami berharap dan berdoa agar dia cepat sembuh," tulis mereka.
Tiada pengesahan tentang penyakit yang dihidapi Marin, namun Daily Mail melaporkan penyanyi asal Sepanyol itu dijangkiti COVID-19.
Minggu lalu, Il Divo mengumumkan penangguhan konsert jelajah Krismas ke Disember 2022 kerana masalah kesihatan.
Kumpulan itu sebelum ini telah menangguhkan tiga konsert di England yang sepatutnya berlangsung antara 7 Disember dan 9 Disember.
Topic Berkaitan
#Il Divo
#COVID-19
#England
#media sosial
#konsert
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan