awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Anis ada selagi tidak mati' - Nora Danish kembali dalam Polis Evo 3

Gempak
Gempak
26/05/2023
09:08 MYT
'Anis ada selagi tidak mati' - Nora Danish kembali dalam Polis Evo 3
Kini selepas lapan tahun, Nora kembali menghidupkan watak Anis dalam Polis Evo 3. -Gempak
FILEM Polis Evo 3 mula ditayangkan secara serentak di pawagam seluruh negara bermula hari ini.
Selain peminat kembali menyaksikan aksi duo Shaheizy Sam dan Zizan Razak, filem yang menerima sentuhan pertama kali daripada sutradara Syafiq Yusof ini turut dibintangi oleh salah seorang pelakon wanita yang pernah bersama keluarga Polis Evo pertama.
Aktres tersebut tak lain tak bukan ialah Nora Danish.
Nora yang diberi kepercayaan membawa watak Anis terbabit dengan Polis Evo namun ‘berehat’ dalam Polis Evo 2.
Kini selepas lapan tahun, Nora kembali menghidupkan watak Anis.
“Anis ada selagi tidak mati,” kata Nora berseloroh saat sidang media Polis Evo 3 yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Nora, dirinya teruja apabila dapat kembali bersatu dengan keluarga Polis Evo yang menurutnya semakin besar dan berkembang.
“Berbanding pada penampilan dahulu, Anis dalam Polis Evo 3 lebih matang.
"Cabarannya juga berbeza sewaktu penggambaran dan penjiwaan skrip.
“Apa yang lebih penting sebenarnya pengalaman dan ilmu yang saya peroleh apabila berlakon sama dengan banyak pelaku seni yang disegani.
"Saya mahu buang perasaan segan,” katanya lagi.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM6 juta ini turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawawi, Syafiq Kyle, Douglas Lim dan ramai lagi. -Gempak
Topic Berkaitan
#Nora Danish
#Polis Evo 3
#Sharnaaz Ahmad
#kembali pegang watak Anis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan