'Annyeong' Jonghyun ... anda pasti akan dirindui

Agensi
Disember 21, 2017 10:57 MYT
Rakan-rakan artis Jonghyun memawa keranda keluar dari hospital. - Sumber foto: Facebook ChoiMinho
Tiada kata yang dapat mengungkapkan majlis pengebumian bintang K-pop, Jonghyun.
Suasana suram dan hiba menyelubungi majlis tersebut beberapa hari selepas Jonghyun mengambil nyawanya sendiri pada 18 Disember lalu.
Sebagai tanda penghormatan, ahli kumpulan SHINee - Key, Minho and Taemin -- kelihatan mengusung keranda Jonghyun dari hospital.
Bintang K-pop dan rakan-rakan artis termasuk ahli Girls' Generation -- YoonA, Taeyeon, Yuri dan Eunhyuck - Super Junior, Eunhyuk dan Lee Teuk turut hadir untuk memberi ucapan selamat tinggal terakhir mereka kepada Jonghyun.
Peminat setia Jonghyun turut setia berbaris di sepanjang laluan kereta mayat yang membawa keranda Jonghyun ke lokasi pengebumian yang tidak didedahkan lokasinya.
Apa yang berlaku?
Memang benar, dunia hiburan gempar dengan berita kematian Jonghyun mula menjadi tajuk berita utama ruangan hiburan portal berita dan suratkhabar di seluruh dunia.
Jonghyun atau nama sebenar beliau Kim Jong-hyun dijumpai tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Seoul. Beliau disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.

the way minho saying his last goodbye to jonghyun.... by caressing jonghyun's portrait with so much love a href="https://t.co/Ik7gIkiswB">pic.twitter.com/Ik7gIkiswB

— #SHINeeIsFIVE (@SHINee_Irie) December 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyanyi berusia 27 tahun itu menghantar mesej kepadanya yang disifatkan sebagai “perpisahan terakhir” dan membayangkan dia (Jonghyun) dalam kesusahan sebelum kematiannya.
Agensi berita tempatan, Yonhap melaporkan pihak berkuasa menjumpai arang yang dibakar, dimana ia mengeluarkan karbon monoksida di dalam bilik Jonghyun.
Polis mengklasifasikan kes sebagai bunuh diri.
Jonghyun memulakan karier pada 2008 sebagai penyanyi utama SHINee dan turut menempa nama sebagai penulis lirik.
Jonghyun juga turut bergerak solo dan penampilan terakhir mendiang adalah pada konsert solo "Inspired" pada 9-10 Disember di Seoul.
Mendiang juga dijadualkan mengadakan konsert dengan anggota SHINee di Tokyo dan Osaka Februari depan.
Nota bunuh diri
Kematian mengejut Jonghyun disertai dengan sekeping nota perpisahan oleh rakan baiknya, Key.
Key memohon maaf kerana tidak bersama ketika mendiang kesunyian.
Key juga berkongsi detik-detik manis bersama mendiang ketika Jonghyun masih hidup.
“Hyug, ini Kibum. Hari ini kami melepaskan Hyung pergi. Apabil assay amelihat muka Hyung semalam, saya tidak percaya.
Saya minta maaf, saya lewat keran akerja. Saya minta maaf say atidak dapat menjadi kekuatan awak ketika awak sunyi.
Dua ahli kumpulan yang degil, adalah Hyug dan saya. Kami akan buat apa kami mahu. Kami akan cuba apa sahaja bersama tetapi awak (Hyung) akan cuba dahulu.
Pada awalnya agak sukar, tetapi selepas tig ahari saya bersama awak, saya tahu apa yang awak rasakan.
Jangan risau kerana awak telah tinggalka kami. Saya akan jaga ibu dan kakak awak seperti keluarga saya.
Saya akan merindui awak,”

ranslation A letter to Jonghyun from Key pic.twitter.com/vY1HWW7wkX

— (@__JK_rabbit) December 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Annyeong, Jonghyun ...
#bunuh diri #Girls' Generation #K-pop #key #Kim Jonghyung #Korea #Minho #pengebumian #Shinee #Taemin #Taeyeon #YoonA #Yuri