Anugerah Akademi ke-94: CODA filem terbaik, Dune menang besar

Agensi
Mac 28, 2022 05:12 MYT
CODA mengisahkan tentang cabaran dihadapi Ruby Rossi, gadis remaja normal dalam keluarga pekak. - Foto AP
LOS ANGELES: Filem CODA, yang mengisahkan tentang cabaran dihadapi Ruby Rossi, gadis remaja normal dalam sebuah keluarga pekak, dinobat Filem Terbaik dalam Anugerah Akademi ke-94 yang berlangsung sebentar tadi.
Filem sains fiksyen, Dune yang tercalon dalam 10 kategori pula, menang besar apabila membawa pulang enam trofi antaranya Sinematografi Terbaik, Skor Asal Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik.
Berikut adalah keputusan bagi beberapa kategori utama.
Filem Terbaik
CODA
Pelakon Lelaki Terbaik
Will Smith
King Richard
Pelakon Wanita Terbaik
Jessica Chastain
The Eyes of Tammy Faye
Lagu Asal Terbaik
No Time To Die
Billie Eilish, FINNEAS
Filem Animasi Terbaik
Encanto
Filem Cereka Antarabangsa Terbaik
Drive My Car (Jepun)
BACA: Will Smith menangis, minta maaf selepas tampar Chris Rock
Lakon Layar Terbaik
Belfast
Kenneth Branagh
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Troy Kotsur
CODA
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Ariana DeBose
West Side Story
Pengarah Terbaik
Jane Campion
The Power of the Dog

Tonton siaran ulangan Red Carpet diikuti dengan majlis penganugerah Oscar 2022 di SHOWCASE Movies (Saluran 413) dan Astro GO app.
#Anugerah Akademi #CODA #Dune #Will Smith