TIADA karpet merah buat bintang Hollywood di Anugerah Emmy tahun ini yang terpaksa diadakan secara maya bagi mengekang penularan COVID-19.

Ia tidak terasing daripada impak pandemik global yang mengakibatkan pelbagai acara global lain turut terkesan dan terpaksa patuh kepada norma baharu.

Personaliti televisyen terkemuka Jimmy Kimmel kembali mengacarakan anugerah tersebut buat kali ketiga, namun dalam suasana yang amat unik apabila kebanyakan artis hadir menerusi penstriman secara langsung dalam talian.

Antara yang meraih kemenangan besar Emmy pada malam Ahad termasuk program komedi Schitt’s Creek dengan sembilan kemenangan, sekali gus memecah rekod untuk kemenangan terbesar oleh sebuah program komedi buat satu musim.

Watchmen turut melakar sejarah menjadi siri adaptasi komik pertama memenangi anugerah bagi kategori tersohor, Siri Terhad Terbaik.

Regina King ketika menerima anugerah untuk Aktres Terbaik dalam Siri Terhad bagi wataknya dalam Watchmen memberi penghargaan kepada Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, Ruth Bader Ginsburg yang meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Zendaya, 24, juga mencipta sejarah apabila menjadi pemenang termuda bagi kategori Aktres Terbaik dalam Siri Drama untuk wataknya dalam Euphoria.

Dalam masa yang sama, pengacara terkenal E! News Giuliana Rancic mengumumkan dia tidak dapat hadir ke Anugerah Emmy2020 kerana disahkan positif COVID-19.

Giuliana bagaimanapun tidak mengalami gejala berat dan kini sedang mengisolasikan diri.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Emmy 2020:

Siri Terhad Terbaik:

Siri Drama Terbaik:

Siri Komedi Terbaik:

Aktor Terbaik dalam Siri Terhad

Aktres Terbaik dalam Siri Terhad

Aktor Terbaik dalam Siri Drama

Aktres Terbaik dalam Siri Drama

Aktor Terbaik dalam Siri Komedi

Aktres Terbaik dalam Siri Komedi