Anugerah MeleTOP ERA 2016: Johan, Ayda Jebat menang besar

Astro Awani
Februari 28, 2016 16:20 MYT
AME2016 dimulakan dengan persembahan lagu Polis Evo oleh Joe Flizzow dengan penampilan istimewa Shaheizy Sam dan Zizan Razak - Foto Instagram/ERA FM
Anugerah MeleTOP ERA 2016 (AME2016) menyaksikan penyampai radio popular, Johan dan pelakon Ayda Jebat mengungguli kategori masing-masing.
Johan merangkul anugerah utama Top Top MeleTOP lelaki di samping membawa pulang anugerah bagi Artis Lawak MeleTOP dan Couple MeleTOP bersama isterinya, Ozlyn. Rancangan radionya, JoHaRa Pagi ERA pula memenangi kategori Program Radio MeleTOP.
Anugerah Top Top Meletop Wanita dimenangi Ayda yang juga mengungguli kategori Pelakon MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP. Drama lakonannya, M.A.ID. pula memenangi anugerah Drama MeleTOP.
Beberapa persembahan AME2016 mencuri tumpuan peminat, bermula dengan gimik kepolisan membuka persembahan Joe Flizzow dan Sona One yang menyampaikan lagu Polis Evo.
Penonton turut terharu dan berdiri memberi penghormatan kepada Zulkarnain Hassan yang menerima Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Zaman.
Mereka turut menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu apabila Zulkarnain menerima cenderamata jersi Arsenal yang ditandatangani pemain pasukan itu.
AME2016 menampilkan empat pengacara iaitu Dato’ AC Mizal, Nabil Ahmad, Neelofa, dan Jihan Muse dan diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, di sini.
Senarai penuh pemenang AME2016
Bintang Filem MeleTOP - Zizan Razak
Filem MeleTOP - Polis Evo
Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Zaman MeleTOP - Zulkarnain Hassan
Artis Lawak MeleTOP - Johan
Pelakon MeleTOP - Ayda Jebat
Drama MeleTOP - M.A.I.D.
Hos MeleTOP - Dato' AC Mizal
Program MeleTOP - Gegar Vaganza 2015
Lagu MeleTOP - Siapa Diriku
Penyanyi MeleTOP - Ayda Jebat
Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majistret
Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi ERA
Penyampai Radio MeleTOP - Johan
Couple MeleTOP - Johan & Ozlyn
Bintang Online MeleTOP - Dato' Siti Nurhaliza
Artis Baharu MeleTOP - Mira Filzah
#AME2016 #Anugerah Meletop ERA 2016 #senarai pemenang AME2016. Ayda Jebat #senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2016 #Shaheizy Sam