HIBURAN
Anugerah Oscars ke-98: Filem cereka 'Pavane for an Infant' wakili Malaysia
'Pavane for an Infant' dipilih secara rasmi untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi OSCAR ke-98 bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik. - Foto Janji Pictures Production
KUALA LUMPUR: Filem cereka tempatan 'Pavane for an Infant' telah dipilih secara rasmi untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi OSCAR ke-98 bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik (Best International Feature Film) yang dijadualkan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2026.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan berkata, pemilihan ini telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS, yang dianggotai oleh barisan profesional dan berpengalaman dalam industri perfileman.
"Pemilihan "Pavane for an Infant" sebagai wakil Malaysia mencerminkan potensi besar sinema tempatan yang semakin mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa," kata kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, penilaian dibuat berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS).
Dalam pada itu, filem 'Pavane for an Infant', terbitan Janji Pictures Production dan arahan Pengarah, Chong Keat Aun, telah meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Antara kejayaan yang dicapai termasuklah Youth Jury Award, 39th Fribourg International Film Festival 2025, Golden Silk Road Award (Best Screenplay) dan 12th Silk Road International Film Festival.
Selain itu, karya ini turut ditayangkan dan bertanding dalam beberapa festival berprestij dunia. Antaranya 49th Hong Kong International Film Festival (2025), 44th Istanbul International Film Festival (2025), 24th New York Asian Film Festival (2025), Taipei Golden Horse Film Festival (2024) dan 37th Tokyo International Film
Festival (2024) - World Premiere, Asian Future Competition.
Sementara itu, FINAS akan terus komited memperkasakan bakat dan karya tempatan agar terus cemerlang di pentas dunia.