Anzalna Nasir hamil anak sulung

Gempak
Januari 9, 2019 18:00 MYT
ANZALNA NASIR dan suaminya, Hanif Zaki bersyukur dan teruja kerana bakal menimang cahaya mata sulung.
Pelakon cantik, Anzalna Nasir, 31, mengesahkan dia sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki.
Anzalna mengumumkan berita gembira ini menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Anzalna memuat naik video kejutan pengumuman kehamilan yang diberikan kepada ahli keluarganya serta majlis doa selamat sekitar sambutan hari lahir Anzalna yang disambut pada Rabu.
#anak sulung #Anzalna Nasir #hamil #Hanif Zaki #pelakon