awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa motif Hafiz memanjangkan isu ini? - Bekas suami Joy

Gempak
Gempak
23/08/2017
11:31 MYT
Apa motif Hafiz memanjangkan isu ini? - Bekas suami Joy
Ray (kiri) berpendapat ada sebab lain yang cuba dilindungi Hafiz kerana baginya jika penyanyi tersebut menyayangi isterinya, isu ini tidak akan timbul.
BEKAS suami Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa, iaitu Datuk Ray Imran, mempersoalkan motif penyanyi Hafiz Hamidun memanjangkan kontroversi rumah tangganya dengan usahawan kosmetik itu. Ray turut berpendapat, ada sebab lain yang cuba dilindungi Hafiz kerana baginya jika penyanyi tersebut menyayangi isterinya, isu ini tidak akan timbul. "Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul. "Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz," katanya sepertimana dipetik daripada BH Online. Kata Ray lagi, mengapa Hafiz perlu ragu-ragu dengan perkahwinannya sedangkan dia dan Joy berbulan madu sambil menjayakan program terbitan syarikat televisyen (TV) swasta di Taiwan, baru-baru ini. "Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang. "Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi," katanya. Dalam pada itu, Ray turut kesal dirinya terpalit dalam kontroversi ini sedangkan dia sudah memberi kerjasama sebelum pasangan itu bernikah, Mei lalu. "Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi," katanya. Terdahulu, pada sidang media, Hafiz mendakwa Joy masih dalam ikatan perkahwinan dengan Ray pada hari mereka dinikahkan pada 1 Mei lalu.
Topic Berkaitan
#Hafiz Hamidun
#Joy Revfa
#Ray Imran
#Siti Arifah Mohd Amin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan