awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Apa perasaan Siti Aafiyah jadi anak Siti Nurhaliza?'

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2018
00:41 MYT
'Apa perasaan Siti Aafiyah jadi anak Siti Nurhaliza?'
Siti mengakui tidak mahu terlalu mendedahkan puterinya itu dalam dunia selebriti. - Gambar fail
Bayi paling popular di negara ketika ini, Siti Aafiyah Khalid dihujani pelbagai pertanyaan serta luahan perasaan yang memuji kecomelannya di pelbagai platform laman media sosial.
Posting terbaharu di laman Instagram (IG) penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memaparkan gambar Siti Aafiyah tertidur mendapat lebih 240,000 'likes' dalam masa kurang satu jam dimuat naik pada petang Selasa.
Antara yang menarik adalah pertanyaan seorang pengguna laman itu, iamwedahmiad yang bertanya 'Adik..acik nak tya..apa prsn jadik anak ct nurhaliza..adik jwb jujur taw..acik nak tahu dr hati adik ting tang ting.'
Netizen juga teruja dengan tidak putus-putus memuji Siti Aafiyah dengan panggilan 'pipi merah'.
Siti dalam temu bual sebelum ini berkata, dia meletakkan harapan besar untuk melihat anak perempuannya membesar sebagai kanak-kanak biasa.
BACA: Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza
Bahkan, pelantun lagu Jaga Dia Untukku itu turut mengakui tidak mahu terlalu mendedahkan puterinya itu dalam dunia selebriti.
Semakin hari semakin sayang❤️❤️❤️#ctdkjunior
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Mar 27, 2018 at 5:27am PDT
Siti juga mengakui belum terfikir untuk mewujudkan akaun IG, Siti Aafiyah.
Bagaimanapun akaun bernama @aafiyahkhalid telah pun dihasilkan oleh anak ketiga Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu Asyraf Khalid.
❤️❤️❤️ #Repost @ctdk with @get_repost ・・・ Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK
A post shared by Aafiyah Khalid (@aafiyahkhalid) on
Mar 25, 2018 at 4:53am PDT
Ia diakui Pengurus kepada Siti iaitu Rozi Abdul Razak.
Siti juga mencipta sejarah apabila menjadi selebriti tempatan pertama yang mempunyai aplikasi sendiri di telefon pintar.
BACA: Siti Nurhaliza cipta sejarah! Selebriti tempatan pertama ada aplikasi sendiri
BACA: 'Menangis pun merdu' - Video tangisan baby girl Siti raih hampir 1.2 juta tontonan
Beliau berkata, aplikasi Siti Nurhaliza Official App itu menggabungkan semua platform rasmi media sosial miliknya termasuk gambar dan video eksklusif.
Sebelum ini, video tangisan Siti Aafiyah di IG Siti dilapor meraih hampir 1.2 juta tontonan.
Topic Berkaitan
#Asyraf Khalid
#Comel Pipi Merah
#Instagram
#Khalid Mohamad Jiwa
#pipi merah
#Siti Aafiya
#Siti Aafiyah Khalid
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan