KUALA LUMPUR: Aplikasi penstriman terbaharu "sooka" yang menawarkan kandungan percuma dan berbayar dilancarkan pada Selasa.

Ketua Rancangan, Emarina Mohd Kamal menjelaskan, sooka memberi tumpuan kepada pengumpulan dan penyusunan kandungan seperti siaran langsung aksi sukan global, drama dan program hiburan Malaysia, dan siri original eksklusif yang sesuai dengan selera golongan milenial menerusi platform ‘Over-The-Top’ (OTT) berasaskan konsep mudah alih.

“sooka tiba di saat para pengguna hari ini mengamalkan gaya hidup mobile-first dan oleh yang demikian, mereka sudah biasa menonton kandungan di dalam talian.

"Peralihan trend menonton ini telah menyebabkan para pengguna pantas mengamalkan gaya hidup digital ‘normal baharu’, kandungan hebat telah menjadi salah satu aset digital yang penting.

"Maka, tidak hairanlah kenapa mereka sangat bergantung kepada telefon pintar masing-masing serta aktif di dalam media sosial, dan sentiasa mencari kandungan hebat yang boleh ditonton segera sambil bergerak menerusi peranti mudah alih milik mereka.

"Kandungan sooka dikurasi untuk tontonan segera, pada harga mampu milik serta didatangkan dengan pelan langganan yang mudah, dan kami menjemput semua milenial untuk mencuba sooka,” katanya dalam satu kenyataan.

 
Sumber Facebook sookamalaysia

Emarina menjelaskan selain daripada menawarkan langganan percuma, sooka turut menawarkan dua pilihan pelan mudah lagi mampu milik iaitu pelan VIP+Sports dan pelan VIP Entertainment yang menawarkan kandungan hiburan terbaik di Malaysia yang terdiri daripada drama, rancangan dan filem tempatan serta siri original eksklusif sooka. 




sooka

 
Sumber Facebook sookamalaysia

Bersempena dengan UEFA Euro 2020, sooka melancarkan promosi istimewa untuk pelan VIP+Sports pada harga pengenalan RM15.90 sebulan mulai 8 Jun 2021.

Emarina menjelaskan, sooka berbeza dengan yang lain kerana kebolehan mereka menawarkan aksi sukan secara langsung.

“Perbezaan utama sooka ialah kebolehan kami menawarkan aksi sukan secara langsung untuk tontonan para peminat tegar di dalam peranti mudah alih mereka, membolehkan mereka menonton aksi sukan kegemaran mereka pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja.

"Kami telah menyediakan barisan aksi sukan yang mantap hingga ke hujung tahun dan akan terus mengukuhkan portfolio tersebut agar kami dapat terus membawakan yang terbaik untuk para peminat sukan di Malaysia.

 
Sumber Facebook sookamalaysia

“Selain daripada itu, kami dengan sukacitanya menawarkan pilihan siri drama Melayu premium yang meluas, terkini dan disusun rapi, filem-filem, hiburan dan rancangan siaran langsung serta pelbagai rancangan berbahasa Cina dan Tamil bagi memenuhi selera tempatan," katanya lagi.

sooka yang diinspirasikan daripada perkataan 'suka' berhasrat untuk mengisi kelompangan kebolehdapatan serta akses kandungan tempatan yang disukai oleh golongan milenial.