Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024

Amanz
Februari 27, 2024 04:53 MYT
Perubahan ini adalah hanya untuk penggunaan di kaca televisyen sahaja, dan tidak melibatkan aplikasi YouTube Kids untuk peranti mudah alih. - Foto Amanz
GOOGLE kini mengumumkan akan menamatkan penawaran aplikasi YouTube Kids pada televisyen, menjelang Julai 2024 kelak.
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
Langkah ini hadir selari dengan integrasi sebelum ini yang menyatukan YouTube dan YouTube Kids dalam satu aplikasi.
Dengan integrasi ini, pengguna boleh dengan mudah mengubah tetapan profil – dan tidak memerlukan sebarang aplikasi berasingan.
Perubahan ini adalah hanya untuk penggunaan di kaca televisyen sahaja, dan tidak melibatkan aplikasi YouTube Kids untuk peranti mudah alih.
#Google #YouTube #televisyen #aplikasi