APM 2014: Siti Nurhaliza dinobat Penyanyi Wanita Terbaik

Gempak
Oktober 18, 2014 09:05 MYT
Kemenangan ini merupakan trofi ke-26 Siti di APM sepanjang 13 tahun penganjurannya: Foto Instagram Rozisangdewi
Anugerah Planet Muzik 2014 yang berlangsung semalam di Singapura memperlihatkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi berjaya mengekalkan kecemerlangannya.
Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod baru di dalam karier pelantun lagu 'Jaga Dia Untukku' ini.
Kemenangan tersebut merupakan trofi ke-26 Siti di APM sepanjang 13 tahun penganjurannya.
Di bawah keputusan penuh APM 2014 yang telah berlangsung pada Jumaat 17 Oktober 2014 bertempat di Suntec, Singapura:
Anugerah Khas Planet Muzik: Kumpulan Wings
Lagu Terbaik APM: Setelah Kau Tiada- Cakra Khan
Artis Baru Terbaik (Lelaki): Tulus- asal Indonesia
Artis Baru Terbaik (wanita): Fynn Jamal
Nova Media Sosial: Khareez Kasbulah
Ikon Media Sosial: Taufik Batisah
Artis Paling Popular (Singapura) : Taufik Batisah
Lagu Paling Popular (Singapura): Ikrar Kasih – Taufiq Batisah
Lagu Paling Popular APM: Dia Dia Dia – Fatin Shidqia Lubis
Artis Paling Popular (APM): Noah
Band Terbaik: Noah
Kolaborasi Terbaik (Artis): Kalau aku kaya- Awi Rafael Dan Altimet
Kolaborasi Terbaik (Lagu): Mimpi – Aisyah Aziz / Faizal Tahir/ Omar K
Artis Terbaik (Lelaki): Judika
Artis Terbaik (Wanita): Dato’ Siti Nurhaliza
Duo / Kumpulan Terbaik APM 2014: Hafiz dan Rossa
Lagu Terbaik Singapura: Tiada Pengganti- Sufie Rashid
Lagu Terbaik Malaysia: Lebih Indah- Dato Siti Nurhaliza
Lagu Terbaik Indonesia: Setelah Kau Tiada- Cakra Khan
#Anugerah Planet Muzik 2014 #Siti Nurhaliza