TAHNIAH James Wan, anak kelahiran Kuching, Sarawak, yang mencipta fenomena apabila berjaya menjadikan filem arahannya Aquaman sebagai Box Office!
Aquaman mencipta sejarah apabila filem terbitan DC dan Warners Bro itu, yang ditayangkan sejak 21 Disember 2018 meraih kutipan lebih dari USD1 bilion pada Sabtu.
Dengan kutipan sebanyak USD4.5 juta di Amerika Utara dan USD5.4 juta di luar negara membuatkan filem itu berjaya mengutip sejumlah USD988.6 juta pada Jumaat.
BACA: Trailer baru filem Aquaman buat ramai peminat teruja!
Menurut laporan media antarabangsa, sejak filem itu ditayangkan, ia terus menerus memikat penonton seluruh dunia dan ia menjadi filem komik DC yang pertama mencecah billion dolar dalam masa tayangan 22 hari, selain The Dark Knight Rises.
Kejayaan ini membuatkan Wan, pengarah filem warga Australia yang menetap di Los Angeles, menjadi salah seorang daripada 8 pengarah yang mempunyai dua filem dalam kategori 'kelab USD1 bilion'.
Pengarah lain dalam kategori sama termasuk Chris Nolan untuk filem Dark Knight dan Dark Knight Rises, Michael Bay (Transformers 3 dan Transformers 4), Peter Jackson (Lord of the Rings: The Return of the King, The Hobbit: An Unexpected Journey) dan Joss Whedon (Avengers dan Avengers: Age of Ultron).
Pelakon yang menjayakan watak utama sebagai Aquaman, Jason Momoa, turut mengucapkan terima kasih kepada peminat melalui laman Instagram miliknya.
Asyraf Roslan
Wed Jan 16 2019
Aquaman dibintangi nama-nama terkenal seperti Jason Momoa (kiri) dan Amber Heard (kanan) dan Patrick Wilson. - Foto AP
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Jason Momoa nak jadi ahli politik untuk selamatkan dunia
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih berat berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
'Aquaman' hampir lemas dilambung ombak, hanyut 27 jam susulan tsunami di Tonga
Lisala Folau berkata, dia hampir lemas sebanyak sembilan kali sebelum berjaya berpaut pada batang kayu dan berenang ke pantai.
Aktres Jerman pilihan Pengarah Hollywood James Wan
Penulis skrip dan pengarah filem kelahiran Sarawak James Wan mengumumkan perkahwinannya bersama aktres Jerman, Ingrid Bisu.
'Aquaman' cukur jambang demi kempen alam sekitar
Jason Momoa mencukur bersih wajahnya untuk kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.
Aquaman kutip lebih USD1 bilion selepas 22 hari
Dengan kutipan sebanyak USD4.5 juta di Amerika Utara dan USD5.4 juta di luar negara membuatkan filem itu berjaya mengutip sejumlah USD988.6 juta pada Jumaat.
Aquaman ungguli carta filem DC Universe
Aquaman berjaya catat kutipan global berjumlah AS$649.3 juta.
Trailer baru filem Aquaman buat ramai peminat teruja!
Melalui extended trailer bagi filem ini, kita dapat lihat unsur humor dan kurangnya dark concept yang selalunya sinonim dengan filem-filem adiwira dari DC.
'Why Not Me?' lagu satira sindir Anugerah Oscar
Seperti biasa rumah siap, pahat masih berbunyi. Ada yang tidak puas hati pelakon kegemaran gagal genggam Oscar malah langsung tidak tercalon.
Snyder kongsi gambar Aquaman buat pertama kali
Peminat kagum dan teruja dengan perubahan yang dilakukan Zack Snyder untuk filem adaptasi DC Comics.