awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
6 maut, 84 cedera dalam letupan kilang besi di Inner Mongolia
Chow pemimpin berhemah, laksana projek pencetus perubahan di Pulau Pinang - Sim
Pasangan kekasih dikenal pasti mangsa rentung di Plaza Tol Jitra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AR Rahman akui Islam banyak membantu karier dan hidupnya

Agensi
Agensi
08/07/2017
12:08 MYT
AR Rahman akui Islam banyak membantu karier dan hidupnya
Artis berusia 50 tahun ini telah memenangi dua Oscar, dua Grammy dan satu Golden Globe, dan telah merakamkan lebih daripada 160 bunyi runut filem. - Reuters
Dalam meraikan 25 tahun keberadaan beliau dalam industri muzik, pemuzik terkenal A.R. Rahman mengakui bahawa Islam banyak membantu kariernya.
Rahman, yang memeluk agama Islam pada usia 20-an, kini berada di London untuk menjayakan program ‘Yesterday, Today and Tomorrow’.
Beliau memberitahu Reuters dalam satu wawancara pada Khamis bahawa tafsirannya mengenai kepercayaan umat Islam bermakna menjalani kehidupan secara sederhana dan kunci kehidupan adalah kerendahan hati.
"Islam umpama lautan.
“Saya adalah falsafah yang saya ikuti, keluarga saya pun begitu. Banyak perkara perkara berlaku dan saya rasa ia lebih bersifat politik,” katanya yang mengikuti fahaman Sufisme.
Artis berusia 50 tahun ini telah memenangi dua Oscars, dua Grammy dan satu Golden Globe, dan telah merakamkan lebih daripada 160 bunyi runut filem termasuk untuk filem yang pernah memenangi Oscar seperti Slumdog Millionaire, Lagaan dan Taal.
Selain menyanyi, Rahman juga berkebolehan menulis lagu, memainkan instrumen dan mengarang muzik dan telah bekerjasama dengan ramai artis global lain termasuk Mick Jagger, Sarah Brightman dan Pussycat Dolls.
Rahman berkata, persembahan terbarunya akan bermula di Wembley SSE Arena di London pada 8 Julai ini bakal membawa peminatnya mengimbau perjalanan muziknya untuk suku terakhir abad.
Artis yang bertutur lembut ini dilihat mempunyai aura panggung yang kuat, namun mengakui bahawa masih mempunyai banyak perkara yang ingin dicapai dan mahu muziknya menyatupadukan ramai orang.
"Jika anda mengambil sebuah orkestra yang ahlinya ada yang kurang bernasib baik dan istimewa, pelbagai kaum yang bermain bersama, pegangan agama yang berbeza, tetapi bunyi yang keluar akan ada satu suara iaitu keharmonian," katanya.
Topic Berkaitan
#A R Rahman
#filem
#Oscars
#Yesterday Today and Tomorrow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan