Ariana Grande tangguh jelajah konsert di Eropah

Astro Awani
Mei 23, 2017 10:27 MYT
Difahamkan, Ariana Grande tidak berada dalam keadaan yang baik untuk meneruskan jelajah konsertnya di Eropah susulan serangan bom di Manchester Arena. - Foto John Salangsang/Invision/AP
Penyanyi antarabangsa Ariana Grande telah menangguhkan jelajah konsertnya di Eropah tanpa memberi tarikh baru selepas serangan bom di Manchester.
Perkara ini dilaporkan oleh portal hiburan TMZ.
Grande dijadual membuat persembahan pada Khamis dan Jumaat ini di London.
Namun, difahamkan, beliau tidak berada dalam keadaan yang baik untuk meneruskan jelajahnya itu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Letupan gegar konsert Ariana Grande
Jelajah konsert beliau di eropah termasuk di Belgium, Poland, Jerman dan Switzerland
Nama Ariana Grande dan konsertnya di Manchester Arena paling disebut-sebut sepanjang hari ini susualan kejadian bom tersebut.
#Ariana Grande #bom #konsert #Manchester Arena