awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Artis popular Indonesia mengaku pada polis beli ganja dari laman web

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2021
08:17 MYT
Artis popular Indonesia mengaku pada polis beli ganja dari laman web
Anji yang ditahan pada 11 Jun lalu mengejutkan pihak polis dengan mendakwa, ganja yang dirampas daripadanya itu dibeli daripada pembekal yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS). - Gambar Instagram
JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Anji yang baru-baru ini ditahan polis kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dilaporkan mendapatkan bekalan barang terlarang itu menerusi laman web.
Dalam kenyataan yang dirakamkan, Anji mengejutkan pihak polis dengan mendakwa, ganja yang dirampas daripadanya itu dibeli daripada pembekal yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, untuk mendapatkan bekalan ganja, seseorang itu, dakwa Anji, perlu mendaftar dan membuka akaun khas sebelum dapat membuat pesanan.
Dalam kenyataannya, Anji mendakwa, dia tidak memiliki akaun berkenaan, sebaliknya, menggunakan akaun pihak ketiga yang hanya dikenali sebagai BRO.
Menurut Ketua Polis Jakarta Barat, Ady Wibowo, Anji mendakwa, BRO menjadi orang tengah bagi mendapatkan bekalan ganja itu.
“BRO memiliki akaun khas itu dan Anji hanya perlu memilih jenis dadah yang diingini sebelum BRO membuat pesanan dan menyerahkan kepada Anji,” kata Ady seperti dilapor portal berita tempatan.
Sehubungan itu, Ady menegaskan, polis sedang menjejaki BRO bagi membantu siasatan berkaitan pemilik laman web yang melakukan urus niaga dadah.
Anji atau nama sebenarnya, Erdian Aji Prihartanto, 42, ditahan polis pada 11 Jun lalu di sebuah studio rakaman di kawasan Cibubur, Jakarta Timur.
Ketika ditahan, bekas vokalis kumpulan Drive itu keseorangan selain sejumlah dadah jenis ganja turut dirampas polis.
Aji juga didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing yang dibuat oleh polis ke atasnya.
Dalam pengakuannya, penanyi itu berkata, dia mula terlibat dalam dadah sejak sembilan bulan lalu. Jika disabit kesalahan, Anji boleh dihukum penjara maksimum 12 tahun.
Topic Berkaitan
#Anji
#artis popular Indonesia
#beli ganja dari laman web
#BRO
#Amerika Syarikat
#Cibubur
#Jakarta
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan