[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
HIBURAN

Artis solo K-pop, B.I bakal temui peminat di KL pada 21 Sept

Bernama 13/06/2025 | 10:45 MYT
Konsert B.I TOUR: The Last Parade Tour in Kuala Lumpur adalah susulan pelancaran album studio ketiga B.I berjudul 'Wonderland'. - Foto Ticketing Tix
KUALA LUMPUR: Artis solo K-pop, B.I bakal mengadakan 2025 B.I TOUR: The Last Parade Tour in Kuala Lumpur pada 21 Sept depan.


Ringkasan AI
  • Artis solo K-pop, B.I bakal mengadakan konsert 2025 B.I TOUR: The Last Parade Tour in Kuala Lumpur pada 21 September di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza.
  • Konsert ini susulan pelancaran album studio ketiga B.I berjudul 'Wonderland', di mana peminat dapat menikmati lagu-lagu baharu serta hit terdahulu seperti dari album Waterfall dan To Die For.
  • I terus mengukuhkan nama dalam industri muzik sebagai artis solo, dengan kolaborasi bersama Heize, Woosung The Rose dan DeVita, selain tampil di festival besar seperti Lollapalooza dan Rolling Loud.


Lo-Fi entertainment dalam satu kenyataan hari ini berkata peminatnya yang lebih dikenali sebagai ID iaitu "Be identity" boleh menyaksikan persembahan memukau idola mereka itu di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di sini.

"Peminat boleh menantikan sebuah pertunjukan penuh gah daripada B.I dalam The Last Parade Tour susulan pelancaran album studio ketiga berjudul 'Wonderland' yang memuatkan 11 lagu.

"Penonton juga berpeluang mendengarkan lagu-lagu baharu dan terdahulu dendangan B.I, termasuk daripada album studio iaitu Waterfall dan To Die For serta extended play (EP) berjudul Love or Loved Part 1 dan Love or Loved Part 2," menurut kenyataan itu.

Sejak kemunculan semulanya sebagai artis solo pada 2021 di bawah label 131 yang diasaskannya, bekas anggota kumpulan iKON ini telah mengukir nama dalam era baharu muzik dengan pelbagai lagu hit, konsert jelajah dan penampilan di pesta muzik berskala besar seperti Lollapalooza dan Rolling Loud.

Kolaborasi lagu tersohor B.I termasuk Ferris Wheel dinyanyikan bersama-sama dengan Heize; Happy Alone milik Woosung The Rose dan DeVita menerusi lagu BTBT.

Tiket boleh dibeli di www.ticketingtix.com bermula hari ini.

-- BERNAMA





#artis solo K-pop #B I #konsert #he Last Parade Tour #Kuala Lumpur