HIBURAN
"Arwah abah sentiasa ingatkan anak-anak berbuat baik" - Anuar mengenang pemergian Pak Zain
Menurut Annuar, sepanjang hayat bapanya, Allahyarham Pak Zain sentiasa memberikan yang terbaik buat dirinya dan adik-beradik.
PENYANYI Anuar Zain menyifatkan arwah bapanya, Zain Abdullah sebagai seorang insan yang sangat bertanggungjawab dan penyayang.
Menurut Anuar atau nama lengkapnya, Shahrul Anuar Zain, sepanjang hayat bapanya yang mesra disapa Pak Zain sentiasa memberikan yang terbaik buat dirinya dan adik-beradik.
“Saya dan adik-beradik yang lain sejak kecil tidak pernah rasa susah. Abah sentiasa mendahulukan keluarga. Walaupun kami dari keluarga sederhana, abah tetap pastikan saya ada duit sekolah, makan dan pakaian cukup.
“Walau sesusah mana pun keadaan, abah tidak pernah mengeluh atau bersuara. Bila saya sudah dewasa, saya lebih hargai segala penat lelah dan kesusahan yang dia alami demi keluarga.
"Kalau hari raya, abah dengan mak tak beli baju, tetapi baju untuk anak-anak sentiasa berganti. Abah sangat bertanggungjawab dan penyayang,” katanya kepada Gempak.
Tambah pelantun lagu Lelaki Itu, meskipun umur sudah melebihi 80 tahun, Allahyarham masih memilih untuk berdikari dan melakukan segala urusan sendiri.
“Malah, pada usia 82 tahun pun abah masih mahu buat semua perkara sendiri. Mahu bawa kereta ke pasar, pergi klinik ambil ubat, dia kata tak mahu susahkan anak-anak,” jelas Anuar.
Dalam pada itu, sepanjang membesarkan anak-anak, Anuar berkongsi bapanya tidak hanya menekankan soal keperluan hidup tetapi juga nilai moral dan akhlak.
“Abah sentiasa menasihati anak-anak untuk sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Dia pesan jangan buat jahat pada orang lain walaupun ada orang yang menyusahkan hidup kita.
“Abah tidak ajar anak-anak untuk menilai atau menghukum orang lain. Abah pesan fokus pada urusan sendiri, buat apa-apa pun perlu ikhlas. Dia juga ada kata jangan berkira dengan orang lain. Kalau orang itu tiada duit makan, belikanlah makan untuknya. Abah memang suka memberi (bersedekah),” tambahnya.
Terdahulu, Allahyarham Pak Zain meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Permai, Selangor sekitar pukul 2.50 petang pada Selasa lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam tepat jam 7 malam. - Gempak

#Anuar Zain
#Ziana Zain
#Pak Zain meninggal dunia
#Allahyarham Zain Abdullah
#bapa Anuar Zain meninggal dunia