HIBURAN
Astro angkat naskhah tempatan, lancar kempen 'Hello Inilah Kita: Home Of Drama'
Kempen yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur selaku rakan pentas dan penaja lokasi rasmi diadakan bersempena dengan sambutan bulan Kemerdekaan ke-68. - fotoGEMPAK
SEBAGAI peneraju kandungan tempatan, Astro terus menunjukkan sokongannya terhadap naskhah hebat anak seni negara menerusi kempen Hello Inilah Kita: Home of Drama.
Ringkasan AI
Kempen yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini selaku rakan pentas dan penaja lokasi rasmi diadakan bersempena dengan sambutan bulan Kemerdekaan ke-68.
Inisiatif ini dilakukan bagi meraikan naskhah tempatan pelbagai bahasa dan budaya di Malaysia.
Antara naskhah yang mencuri perhatian ialah Thariq Ridzuwan: His Treasure, sebuah karya yang mengangkat semangat perpaduan serta perjuangan anggota keselamatan negara.
Selain itu, drama Mandul Bukan Pilihan juga menjadi antara yang paling popular dalam kalangan mereka yang hadir pada acara tersebut.
Kempen Hello Inilah Kita: Home of Drama ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelakon popular antaranya Meerqeen, Qasrina Karim, Hun Haqeem, Mira Filzah dan ramai lagi.
Turut diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi popular antaranya kumpulan Alpha, Nadeera Zaini dan Wani Kayrie.
Turut hadir adalah pelakon filem Legasi: Bomba The Movie iaitu Ben Amir dan Nas Muammar Zar (Nas-T) serta barisan pelakon Abah Saya Uncle Mike, Andy Teh.
Manakala untuk hari kedua dihadiri oleh pelakon Astro Originals, Step Dave, barisan penyanyi popular GV seperti Suki Low, Nikki Palikat, Hael Husaini dan ramai lagi.
Kempen Hello Inilah Kita: Home of Drama ini berlangsung selama dua hari, dan melabuhkan tirainya pada malam Ahad.
Inisiatif istimewa ini yang mendapat sambutan hangat daripada peminat tempatan turut menjadi kesinambungan kepada showcase pertama yang diadakan pada 7 Ogos lalu. -- Gempak
Ringkasan AI
- Astro melancarkan kempen Hello Inilah Kita: Home of Drama sempena sambutan Kemerdekaan ke-68, meraikan karya seni tempatan pelbagai bahasa dan budaya.
- Drama seperti Thariq Ridzuwan: His Treasure dan Mandul Bukan Pilihan mencuri perhatian, diserikan dengan kehadiran pelakon popular seperti Meerqeen, Mira Filzah dan penyanyi terkenal seperti Wani Kayrie dan Hael Husaini.
- Acara berlangsung selama dua hari di Pavilion KL dengan sokongan peminat yang hangat, menjadi kesinambungan kepada showcase pertama pada 7 Ogos lalu.