Perkhidmatan itu sekaligus memudahkan pengguna membuat bayaran tanpa membawa dompet fizikal atau kad kredit atau debit ke mana-mana.
Aplikasi Payfy boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play atau App Store.
Pelanggan hanya perlu menjalani proses pendaftaran dengan tiga langkah mudah untuk mengaktifkan akaun mereka seterus menggunakan aplikasi dengan serta-merta.
Di fasa pertama aplikasinya, Payfy akan memberi tumpuan dalam ruang sedia ada pelanggan Astro dan membolehkan pelanggan menikmati kemudahan untuk membayar bil Astro dan tambah nilai NJOI.
Terdapat juga ganjaran hebat yang menunggu pendaftaran baharu termasuk:
- Rebat tunai 2 peratus untuk pelanggan Astro & NJOI apabila pelanggan membayar dengan Payfy dari 10 Apr hingga 30 Sept 2018;
- Ganjaran sebanyak RM8 apabila pelanggan memuat turun dan mendaftar untuk Payfy dari 10 April hingga 30 September, 2018
Pelanggan juga boleh memasukkan kata laluan, atau butiran pengesahan lain, bila-bila masa ketika ingin membuat bayaran atau menukar maklumat akaun.
Akan datang, ciri- ciri Payfy akan dipertingkatkan dalam fasa kedua bagi membolehkan rakyat Malaysia menggunakan Payfy bagi membuat pembelian barangan secara dalam talian dan offline.
Maklumat lanjut mengenai Payfy layari laman web www.payfy.com.my.