HIBURAN
Astro Shaw intai kerjasama dengan Sofyank, Nicholas Chin, Kudrat pembuka ASCU
Raja Jastina tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan bakat muda tempatan seperti Sofyank dan Nicholas Chin dalam usaha memperkukuh mutu penerbitan filem tempatan.
KETUA Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan bakat muda tempatan seperti Sofyank dan Nicholas Chin dalam usaha memperkukuh mutu penerbitan filem tempatan serta memperluas dunia sinema di bawah Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU).
Menurutnya, Astro Shaw sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan generasi pembikin filem baharu selagi mereka berkongsi visi sama dalam mengangkat industri perfileman tempatan ke tahap lebih tinggi.
“Insya-Allah, kami sentiasa meneroka peluang untuk bekerjasama dengan Sofyank, Nicholas dan bakat-bakat lain.
"ASCU ini bersifat terbuka - kami alu-alukan kemasukan watak baharu dan pencipta baharu untuk menyertai perancangan kami. Sebab itu ‘First Look’ ini dihasilkan oleh generasi pembikin filem muda,” katanya.
Mengulas mengapa dua nama itu menjadi sebutan, Raja Jastina berkata, kemahiran, visi dan cara kerja mereka seiring dengan hala tuju Astro Shaw dalam membangunkan kandungan berkualiti tinggi.
“Kenapa Sofyank? Kenapa tidak? Mereka adalah antara pilihan utama kami kerana berkongsi visi yang sama - membawa produksi filem tempatan ke tahap seterusnya.
"Walaupun masih muda, kemahiran mereka berkembang begitu cepat. Kualiti karya mereka sangat mengagumkan, dan kerjasama ini dirasakan sebagai pilihan yang tepat.”
Turut didedahkan beliau, filem pertama yang bakal memperkenalkan dunia sinematik Astro Shaw ialah ‘Kudrat’, yang dijadualkan menemui penonton pada Oktober ini.
“Insya-Allah, bermula hari ini, cerita pertama dalam perancangan ASCU ialah Kudrat. Filem ini akan dilancarkan Oktober nanti dan akan menjadi pembuka perjalanan untuk apa yang seterusnya bakal menyusul,” jelasnya. - Gempak