Terkini: Inkues kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
HIBURAN

Astro tawar promosi 10.10 Jualan Epik, kemunculan semula saluran Pop-Up LOL

Astro Awani 13/10/2025 | 09:31 MYT
Astro meraikan Oktober dengan pelancaran promosi 10.10 Jualan Epik yang menawarkan nilai hebat kepada pelanggan baharu, serta kemunculan semula saluran Pop-Up LOL (CH 100). - Foto Astro
KUALA LUMPUR: Peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, Astro, meraikan Oktober dengan pelancaran promosi 10.10 Jualan Epik yang menawarkan nilai hebat kepada pelanggan baharu, serta kemunculan semula saluran Pop-Up LOL (CH 100) yang menjanjikan hiburan penuh gelak tawa untuk seisi keluarga.

Dalam satu kenyataan hari ini, Astro memaklumkan bahawa promosi eksklusif ini berlangsung dari 10 hingga 17 Oktober 2025, di mana pelanggan baharu yang melanggan Pek Epic Astro One melalui laman web rasmi astro.com.my akan menikmati kadar istimewa RM101 sebulan selama 24 bulan, berbanding harga biasa RM199.99 sebulan.

“Promosi ini memberikan akses kepada hiburan premium selama dua tahun pada hampir separuh harga biasa, sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia menjelang musim akhir tahun,” menurut kenyataan itu.

Pek Epic Astro One menawarkan lebih 145 saluran dan akses kepada 8 aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Disney+, HBO Max, Prime Video, iQIYI, Sun NXT, BBC Player dan beIN SPORTS.

Pelanggan juga boleh menikmati penstriman serentak melalui Astro GO di sehingga empat peranti, membolehkan setiap ahli keluarga menonton kandungan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Antara kandungan tempatan yang ditawarkan termasuk Generasi: Perfect 10, Mutiara Dalam Debuan Kabus, Jika Cinta Itu Buta, Talk To My Manager, serta musim terbaru Gegar Vaganza.

Pelanggan juga boleh menikmati rancangan antarabangsa seperti Hell’s Kitchen: Battle of the States, Race Across the World (Musim ke-5), The Great Australian Bake Off (Musim ke-8), dan Alone (Musim 12), selain siaran langsung sukan seperti Piala Asia 2027, Premier League, MotoGP Malaysia dan kejohanan badminton utama.

Sementara itu, saluran Pop-Up LOL (CH 100) kembali dari 15 Oktober hingga 16 November 2025, membawa lebih 100 kandungan lucu merentasi pelbagai genre dan bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Cina, Tamil, Korea dan Inggeris.

Antara filem dan rancangan yang bakal ditayangkan termasuk Johnny English Strikes Again, Are We There Yet?, Just Go with It, Instant Family, White Chicks, serta filem kanak-kanak seperti PAW Patrol: The Movie dan The SpongeBob SquarePants Movie. Kandungan tempatan seperti Dr. Pontianak, Jutawan Ekspres, Travelawak: Projek Bapak Bapak, dan Girlfriend Aku Dari Neraka turut menghiasi saluran ini, bersama siri Korea seperti Hitman: Agent Jun dan Midnight Runners.






#Asia #Astro #10 10 Jualan Epik #Pek Epic Astro One