awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro, TVS bergabung gegarkan Miri dengan konsert mega percuma

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
25/04/2025
14:04 MYT
Astro, TVS bergabung gegarkan Miri dengan konsert mega percuma
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group Sardon Zainal pada sidang media Konsert MeleTOP TVS dan Konsert Gawai-Kaamatan - Astro AWANI.
KUCHING: Gabungan artis terkenal seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie dan ramai lagi bakal menggegarkan Stadium Bandaraya Miri menerusi Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei depan.
Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, konsert sulung dua stesen tv utama negara itu bakal menyajikan hiburan gabungan budaya tradisional Borneo dan muzik pop kontemporari.
"Kemasukan adalah percuma, malah disiarkan secara langsung di TVS (Saluran 122 di Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE dan Sooka.
Barisan artis ternama yang bakal menjayakan Konsert MeleTOP TVS di stadium Bandaraya Miri pada 17 Mei ini.
Barisan artis ternama yang bakal menjayakan Konsert MeleTOP TVS di stadium Bandaraya Miri pada 17 Mei ini.
Tambah Abdul Karim, pada 21 Mei pula akan berlangsung Konsert Berkat Gawai Kaamatan, yang menampilkan ratu rock Malaysia, Ella, sebagai artis utama.
Diadakan di Stadium Bandaraya Miri, ia turut menampilkan Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, dan Marina Jara dari Kalimantan.
Sambutan penuh warna-warni ini akan bermula pada jam 7.30 malam, manakala rakaman TVS akan ditayangkan pada 31 Mei jam 9.00 malam.
“Penganjuran kedua-dua konsert ini bukan sahaja bagus untuk pencinta muzik dan penonton konsert, malah bagus untuk bandar raya Miri. Apabila acara muzik besar diadakan, kita akan melihat lebih ramai pengunjung, baik dari Malaysia dan negara jiran seperti Brunei dan Kalimantan, Indonesia.
“Orang ramai datang untuk pertunjukan, dan mereka juga berbelanja untuk penerbangan, hotel, makanan, membeli-belah dan kraf tempatan,” katanya lagi.
Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Sardon Zainal dan Penolong Naib Presiden Penyusunan dan Penciptaan Kandungan Tidak Berskrip di Gen Next, Elyna Rahmat dari Astro.
Topic Berkaitan
#Astro
#TVS
#Konsert MeleTOP
#Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan