HIBURAN
Astro–Netflix lancar aktivasi Stranger Things musim ke-5, tingkatkan pengalaman sebenar Astro One
Promosi Astro One Entertainment menampilkan akses mudah kepada Netflix, termasuk siri popular Stranger Things musim ke-5 serta kandungan Astro Originals seperti Generasi: Perfect 10. - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Astro, selaku peneraju hab hiburan di Malaysia, memperkukuh kerjasama strategik bersama Netflix menerusi aktivasi Stranger Things musim ke-5 di ibu negara, yang berjaya menarik ratusan peminat tegar siri tersebut merasai pengalaman imersif daripada siri global terkenal itu.
Ringkasan AI
Pegawai Pemasaran Kumpulan Astro, Benjamin Woo, berkata, kerjasama jangka panjang dengan Netflix membolehkan rakyat Malaysia menikmati produksi antarabangsa seperti Stranger Things dengan lebih mudah melalui pelan Astro One.
“Kolaborasi ini dengan Netflix adalah satu usaha jangka masa panjang untuk membawa produksi bertaraf antarabangsa dan global seperti Stranger Things kepada rakyat Malaysia melalui pakej Astro One.
“Bukan sahaja dapat melanggan dengan Astro One untuk akses kepada Netflix dan Stranger Things, seperti mana yang boleh dilihat, pengalaman ini adalah mengasyikkan, dan istimewa untuk semua rakyat Malaysia merasai sendiri fenomena Stranger Things bersama pakej Astro One dengan mudah iaitu hanya strim melalui satu platform, satu platform, satu ekosistem yang sangat mantap,” katanya.
Tambahnya, aktivasi yang diadakan ini turut memberi peluang kepada peminat untuk menikmati pengalaman yang lebih dekat dan eksklusif dengan siri tersebut melalui integrasi penstriman dalam satu ekosistem Astro One.
Mengulas mengenai nilai dan penjimatan melalui pelan Astro One + Netflix, Ben juga menegaskan bahawa pendekatan “satu bil, satu akaun, satu ekosistem” memberi kemudahan dan nilai tambah kepada pengguna.
“Di Astro, kami sentiasa mengutamakan pelanggan. Dengan langganan Astro One bersama Netflix, pelanggan boleh berjimat sehingga RM7 sebulan.
“Bukan sahaja menjimatkan dan berbaloi, tetapi pengalaman ini juga sangat mudah dan memudahkan pelanggan.
“Dalam satu platform, tidak perlu memasukkan kata laluan berulang kali dan boleh terus menstrim kandungan tempatan terbaik Astro bersama dengan kandungan global Netflix yang paling popular,” ujarnya.
Kerjasama itu turut memberi manfaat kepada industri kreatif tempatan apabila beberapa siri Astro Originals turut dibawakan ke Netflix menerusi pelesenan kandungan.
“Kita juga berharap dapat mengedarkan dan mempromosikan bakat-bakat tempatan di Malaysia, seperti yang diketengahkan melalui oleh Astro Originals, agar karya tempatan dapat dipromosikan di peringkat antarabangsa melalui platform Netflix,” jelasnya.
Beliau berkata langkah itu mampu memperluas jangkauan bakat Malaysia ke peringkat global serta membuka peluang lebih besar kepada pengarah, pelakon dan pencerita tempatan.
“Dengan ini, kami berharap lebih banyak kreativiti dari pelakon, pengarah dan penceritaan Malaysia dapat disampaikan kepada masyarakat, khususnya di peringkat global,” tambahnya.
Dalam pada itu, Benjamin turut menegaskan bahawa pelanggan Astro One + Netflix dapat menikmati pelbagai kandungan merangkumi drama tempatan, rancangan hiburan, sukan langsung serta seleksi antarabangsa Netflix.
“Antara kandungan kegemaran tempatan termasuk siri Megadrama, program realiti popular seperti Gegar Vaganza, dan kandungan sukan seperti Premier League dan banyak lagi.
“Ditambah pula dengan kandungan Netflix seperti Stranger Things musim ke-5 - siri popular dengan musim baharu siri, serta pelbagai lagi kandungan hebat dari yang boleh dinikmati oleh pelanggan Astro,” katanya.
Beliau berkata, kerjasama melalui platform Over the Top (OTT) seperti Netflix, Viu dan iQIYI merupakan langkah penting dalam mengurangkan fragmentasi hiburan di Malaysia yang kini melibatkan pelbagai platform berbeza.
“Kami percaya bahawa kami mempunyai tanggungjawab dan berhasrat untuk memenuhi keperluan hiburan rakyat Malaysia. Melalui kolaborasi bersama rakan OTT ini, kami dapat memberikan akses yang lebih luas kepada rakyat Malaysia terhadap kandungan hebat, dengan nilai dan pengalaman yang terbaik,” jelasnya.
Ringkasan AI
- Astro memperkukuh kerjasama strategik dengan Netflix melalui aktivasi Stranger Things Musim Ke-5 di Malaysia, membolehkan peminat mengalami pengalaman imersif siri terkenal tersebut.
- Kerjasama ini memungkinkan rakyat Malaysia menikmati produksi antarabangsa seperti Stranger Things dengan lebih mudah melalui pelan Astro One, menawarkan nilai jimat sehingga RM7 sebulan.
- Kerjasama Astro dengan Netflix juga memberi peluang kepada industri kreatif tempatan dengan beberapa siri Astro Originals yang turut akan disiarkan di Netflix, memperluas jangkauan bakat Malaysia ke peringkat global.