awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asyraf Khalid kemalangan, anggap kurang mengingati Tuhan sebagai punca

Gempak
Gempak
27/09/2018
12:00 MYT
Asyraf Khalid kemalangan, anggap kurang mengingati Tuhan sebagai punca
Asyraf berkongsi kisah kemalangannya untuk iktibar umum. - Astro Gempak/Instagram
ANAK tiri kepada penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid telah mengalamai kemalangan kecil apabila kereta kesayangannya dilanggar lori baru-baru ini.
Perkara tersebut dikongsi di akaun Instagram miliknya semalam.
Asyraf menyifatkan musibah tersebut sebagai peringatan dari tuhan terhadap dirinya.
"Baru-baru ini saya dilanda musibah, kereta kesayangan saya dilanggar lori dan kami tidak sempat untuk mengambil nombor plat lori tersebut kerana ia berlalu pergi dengan cepat.
"Apabila saya diuji, perkara pertama saya fikir adalah ujian ini datang dari Allah mungkin kerana saya lalai mengingati-Nya atau mungkin saya tidak menjaga waktu solat saya.
"Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan berada di jalan yang lurus, insya-Allah perbuatan kita akan diredai oleh-Nya dan dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar," tulisnya.
View this post on Instagram
Kenapa bila kita di landa musibah, orang kata rezeki akan masuk? Baru-baru ni, saya di landa musibah, kereta kesayangan saya di langgar lori, & lori tersebut lari tanpa kami sempat ambil plate number. Bila saya post gambar di story saya, ramai yang cakap, inshaallah ada rezeki akan masuk. Betul ke? Bagi saya, ianya bergangung pada bagaimana kita ambil musibah tersebut & interepetasi kita terhadap situasi tersebut. Bila saya di uji, benda pertama yang saya akan fikir, automatic dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah, dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau infak ke jalan Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya. Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus, & bila kita di Jalan yang lurus, inshallah Allah akan redho dengan perbuatan kita & dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar tersebut. Sebaliknya, kepada yang melihat masalah itu sebagai satu ‘bad luck’ mereka akan terus lagi dapat ‘bad luck’ kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah & terus lupa pada Allah & perintah-Nya. Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah, & hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah. Saya bukan la seorang ustaz atau seorang ‘scholar’. Sekadar berkongsi buah fikiran untuk di fikirkan bersama
Topic Berkaitan
#Asyraf Khalid
#Instagram
#kemalangan
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan