HIBURAN
'ATM Rampas Kuala Lumpur' simbolik sedekad perjuangan muzik
ATM tampil persembahan bertenaga di hadapan 5,000 peminat di Mega Star Arena.
MALAM Sabtu lalu menyaksikan satu ledakan emosi, lonjakan adrenalin, dan alunan bertenaga oleh Akim & The Majistret (ATM) yang mementaskan konsert 'ATM Rampas Kuala Lumpur'.
Bertempat di Mega Star Arena, Bukit Bintang, sebuah lokasi berprestij di tengah ibu kota, konsert ini menghimpunkan lebih 5,000 peminat yang membanjiri segenap ruang, mencipta satu malam yang sarat dengan muzik dan momen menyentap rasa.
Di sebalik penganjuran beberapa konsert besar lain di sekitar Kuala Lumpur pada malam yang sama, kehadiran ribuan peminat setia menyentuh hati vokalis ATM, Akim Ahmad. Beliau mengakui hampir menitiskan air mata ketika tirai persembahan dibuka, terharu melihat lautan manusia bersorak menyambut kemunculan mereka dengan penuh semangat.
“Melihat ribuan peminat hadir hanya untuk kami adalah sesuatu yang sungguh menyentuh perasaan. Kami tidak menjangkakan sambutan sehebat ini, lebih-lebih lagi dengan banyak konsert besar lain berlangsung serentak,” ujar Akim dalam sesi bersama media seusai konsert.
Konsert itu bukan sekadar sebuah persembahan, sebaliknya ia adalah satu detik simbolik yang menandakan impian yang telah sekian lama dipendam akhirnya direalisasikan.
Memasuki tahun ke-11, kumpulan yang pada awalnya ditubuhkan sebagai side project, kini berdiri megah sebagai antara band rock generasi baharu paling berkarisma di Malaysia. ATM, dianggotai oleh Akim, Zimi, Freddy, Safwan, Gjie, Afiez, dan Fairuz, menyajikan persembahan bertenaga dari awal hingga akhir.
ATM Rampas Kuala Lumpur menampilkan setlist merangkumi 23 buah lagu, antaranya Rampas, Mewangi, Potret, Obses, dan Saksama. Setiap lagu dipersembahkan dengan kejituan dalam dinamik yang disusun rapi, membentuk perjalanan muzik yang menerjah sukma.
Salah satu detik menyentuh hati adalah ketika ATM membawakan lagu Potret, ciptaan Akim sendiri dan antara lagu paling ikonik dalam kerjaya mereka. Ketika dewan bergema dengan suara penonton yang sama-sama menyanyikan setiap bait lirik, Akim tampak cuba menahan perasaan, tenggelam dalam keterikatan emosi bersama peminat.
Konsert berkenaan turut menonjolkan kebolehan anggota kumpulan ini sebagai pencipta lagu menerusi persembahan lagu-lagu yang ditulis untuk artis lain, antaranya Cinta (Marsha Milan), Bunga dan Warkah Untukku (Ara Johari), dan Pasti (Cherpen).
Selama dua jam, ATM memukau dengan instrumentasi muzik yang mantap, keserasian sinergi, dan persembahan vokal Akim yang mengagumkan. Membawakan lagu-lagu bernada tinggi yang penuh energi, penyanyi berusia 34 tahun itu mempamerkan kawalan, kekuatan dan ketahanan vokal luar biasa. Suaranya bergema di seluruh arena, memberi bukti jelas mengapa band ini harus diangkat antara live act tempatan paling unggul.
Akhirnya, malam itu bukan sekadar tentang muzik. Ia merupakan satu dedikasi perjalanan seni ATM dan manifestasi bahawa kehadiran mereka bukan hanya untuk sedekad ini sahaja. Semangat mereka menyala, disulami sokongan peminat setia — mewangi, selamanya.