awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Avaa Vanja mohon hak penjagaan penuh, failkan injuksi halang suami bawa anak ke A.S

Gempak
Gempak
03/01/2022
09:05 MYT
Avaa Vanja mohon hak penjagaan penuh, failkan injuksi halang suami bawa anak ke A.S
Avaa berharap tindakan undang-undang yang diambil dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya dan memohon doa daripada semua pihak supaya semuanya berjalan dengan lancar. - Foto Astro GEMPAK
PENDENGARAN kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini (Isnin) di Mahkamah Tinggi Syariah setelah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember 2021.
Peguam Syarie Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli berkata anak guam beliau memohon agar diberi hak penjagaan sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan kerana anak guam khuatir kebajikan dan akidah anak terabai sekiranya tidak dijaga beliau.
"Avaa juga memfaikan injunksi bagi menghalang anak beliau dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat dan anak beliau juga mempunyai kewarganegaraan negara itu," kata Nurul Hafidzah menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada Gempak.
Pada 28 Disember, proses Sulh Hadhanah dan sebutan pertama kes cerai di Mahkamah Tinggi Syariah telah pun dijalankan.
Pagi tadi, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan kedua-dua permohonan injuksi dan interim hadhanah. Ini bermaksud, Avaa telah berjaya dalam kedua-dua permohonan.
Dengan keputusan mahkamah tersebut, Avaa telah diberikan hak penjagaan sementara dan injunksi interim bagi menghalang anak beliau dibawa keluar dari negara.
Media melaporkan yang Avaa membuat langkah pertama untuk memfailkan perceraian kerana beliau berpendapat bahawa rumah tangganya tidak dapat dipelihara jika dia terus tinggal bersama suaminya.
Avaa berharap tindakan undang-undang yang diambil dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya dan memohon doa daripada semua pihak supaya semuanya berjalan dengan lancar.
Pelakon francais Kampong Pisang itu juga berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya semasa sedang mengharungi konflik rumah tangganya dan mengharapkan keputusan yang positif bagi semua pihak.
Artikel asal ini dilaporkan di portal Astro Gempak.
Topic Berkaitan
#Avaa Vanja
#Mahkamah Tinggi Syariah
#suami Aamil Sulaiman
#proses sulh hadhanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan