Filem pecah panggung "Avatar: The Way of Water" kekal mengungguli carta Korea Selatan untuk minggu keempat berturut-turut.

Filem sains fiksyen arahan James Cameron itu telah mencatat 8.78 juta tontonan dan menjana 109.6 bilion won (US$86.8 juta) sejak ditayangkan di Korea Selatan pada 14 Dis, lapor Yonhap.

Tiket "Avatar 2" terjual lebih perlahan berbanding hujung minggu sebelumnya apabila filem itu menarik tontonan 1.27 juta penggemar filem.

Sementara itu, "Hero," sebuah filem muzik tempatan yang menceritakan tentang pejuang kemerdekaan Korea Ahn Jung-geun, kekal di tempat kedua dengan jumlah tontonan 2.22 juta sejak ditayangkan pada 21 Dis.

-- BERNAMA