Avengers assemble! Pameran Marvel Studio akhirnya diadakan di Malaysia

Gempak
Jun 27, 2019 23:07 MYT
Terdapat 10 galeri kesemuanya dan paling menarik adalah Iron Man, Dr Strange, Black Panther, Thor dan Captain Marvel.
PERNAH terfikir untuk melihat sendiri bagaimana kostum dan props sebenar karakter di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU)?
Kini anda berpeluang untuk menyaksikan lebih daripada itu apabila Marvel Studio bakal mengadakan pameran khas digelar sebagai Marvel Studios: Ten Year of Heroes exhibition.
Pameran yang berlangsung pada 28 Jun hingga 27 Oktober itu bersempena dengan ulang tahun Marvel yang ke-10, selepas bermulanya filem MCU pada 2008 menerusi Iron Man sehinggalah Avengers: Endgame, tahun ini.
Jadi apa yang menariknya pameran Marvel ini?
Anda bakal menyaksikan pelbagai props, kostum, senjata yang digunakan dalam kesemua MCU.
Terdapat 10 galeri kesemuanya dan paling menarik adalah Iron Man, Dr Strange, Black Panther, Thor dan Captain Marvel.
Antara kelengkapan dan senjata menarik yang boleh dijanjikan termasuklah 'arc reactor' Iron Man, penukul ikonik Thor Mjolnir, Stormbreaker, serta Loki Scepter.
BACA: Tun Mahathir meminati Hulk
Malah anda akan kagum bagaimana mereka membawa sendiri segala kostum asal yang digunakan pelakon dalam filem MCU.
Untuk makluman, pameran ini baru saja dirasmikan Perdana Menteri Malaysia sendiri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad and Tun Dr. Siti Hasmah hari ini.
Malaysia antara negara yang bertuah menyaksikan pameran istimewa ini.
Pameran ini bakal dibuka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di level 10 Pavilion Elite.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.marvelexhibition.my.
#Avengers #Black Widow #Captain America #Captain Marvel #filem #Hulk #Instagram #Iron Man #Mahathir Mohamad #Malaysia #Marvel Studio #MCU #Perdana Menteri