awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Awak dah rosakkannya!" - Elton John maki peminat ketika konsert

Agensi
Agensi
04/03/2018
05:04 MYT
"Awak dah rosakkannya!" - Elton John maki peminat ketika konsert
Elton John pada ketika itu sedang menyanyi sambil bermain piano terus meninggalkan pentas sambil mulutnya dilihat terkumat-kamit mengungkap kata makian terhadap peminat terbabit. -Reuters
BENGANG disentuh, penyanyi terkemuka Elton John memaki hamun peminat yang berada di atas pentas ketika persembahan konsert di Las Vegas.
Penyanyi yang digelar "Rocket Man" itu sedang mempersembahkan lagu "Saturday Night's Alright" apabila beberapa peminat bertuah dijemput ke atas pentas untuk mengiringinya.
Namun ketika peminat mengelilingi piano, ada di antara mereka cuba menyentuh Elton, lapor mirror.co.uk.
Elton John yang ketika itu sedang menyanyi sambil bermain piano terus meninggalkan pentas sambil mulutnya dilihat terkumat-kamit mengungkap makian terhadap peminat terbabit.
Pentas terpaksa dikosongkan sebelum Elton kembali membuat persembahan.
"Jangan naik lagi ke atas pentas ketika Saturday Night. Awak dah rosakkannya."
Menurut saksi, peminat yang cuba menyentuhnya bukan hanya diarahkan turun dari pentas, malah turut dipaksa keluar dari bangunan tersebut.
Topic Berkaitan
#Elton John
#konsert
#Rocket Man
#Saturday Night's Alright
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan