awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awal Ashaari tersenyum berselfie dari katil hospital

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2015
12:18 MYT
Awal Ashaari tersenyum berselfie dari katil hospital
Awal berterima kasih atas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkannya dari kenderaan dan menghantarnya ke hospital.
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang terlibat dalam sebuah kemalangan hari ini telah memuat naik gambar selfie terkininya di aplikasi sosial Instagram yang menunjukkan keadaannya di hospital.
Foto tersebut menunjukkan wajah Awal yang sedikit sembap dan bengkak sementara terdapat balutan luka di dahinya. Namun begitu, Awal masih boleh tersenyum.
“Alhamdulillah, tiada kecederaan serius. Terima kasih di atas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yang diberikan oleh Hospital Melaka.
“Insya-Allah saya akan ditukarkan ke Kuala Lumpur malam nanti. Doakan kesihatan saya,” kata Awal dalam kapsyen gambar tersebut.
selfie
awal ashaari
Awal memuat naik gambar terkininya selepas menerima rawatan di Hospital Melaka. - Foto sumber Instagram @Awalashaari
Sementara itu, isteri Awal iaitu Scha Alyahya juga telah mengulang siar gambar tersebut di akaun Instagramnya @scaalyahya selang beberapa minit kemudian.
Awal pada tengah hari tadi dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Ayer Keroh arah selatan.
Pengacara itu sedang dalam perjalanan ke tapak karnival di Stadium Hang Jebat, Melaka bersama pengurusnya, Izuan Mokhtar.
Wartawan dan pengacara, Zuan Azmi mengesahkan kemalangan itu dengan memuat naik gambar kereta awal yang remuk teruk di akaun Instagramnya.
Topic Berkaitan
#Awal Ashaari
#kemalangan
#Scha Alyahya
#selfie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan