Penyanyi rock Awie didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya, Rozana Misbun, di kaunter PNB Jalan Tun Razak dua tahun lepas.
Majistret Husna Dzulkifly menjatuhi hukuman itu selepas Awie menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dendasehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Sebelum ini Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya.
Awie didakwa mendatangkan kecederaan ke atas Rozana, 38, di kaunter PNB Jalan Tun Razak, di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014. Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan kes itu.
"Ya, saya mengaku salah," kata Awie yang memakai kot kelabu dan berseluar jeans selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.
Mahkamah turut memerintahkan vokalis kumpulan Wings itu dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Awie membayar denda itu.
Ketika rayuan, peguam Hazman Harun yang mewakili Awie, selaku Orang Kena Saman (OKS), memohon mahkamah menjatuhi hukuman denda paling minimum atas alasan Awie telah menukar pengakuan bersalah dan menjimatkan masa mahkamah sebelum saksi pendakwaan dipanggil.
Luar kawalan
Hazman berkata tindakan yang dilakukan Awie juga adalah di luar kawalan kerana kecewa apabila wang simpanan untuk masa depan dan pembelajaran anak-anaknya berjumlah lebih RM100,000 hanya tinggal RM230.
"Awie telah insaf dengan perbuatannya, beliau berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu yang merupakan satu tragedi dalam hidupnya," kata peguam itu yang memberitahu makamah, Awie merupakan penanggung utama pembelajaran lima anaknya.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk tindakan Awie sebagai seorang suami (ketika kejadian) yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi isteri.
"Selain itu kesan yang dialami mangsa bukan sahaja terhadap kesakitan, tetapi trauma dan perasaan malu di hadapan orang awam.
"OKS merupakan seorang selebriti yang tidak asing dalam masyarakat, beliau mempunyai tanggungjawab untuk pamerkan sifat dan contoh baik kepada masyarakat," katanya.
Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan permohonan maaf secara terbuka daripada pihak Awie.
Bernama
Tue May 10 2016
Awie didakwa mendatangkan kecederaan ke atas Rozana, 38, di kaunter PNB Jalan Tun Razak, di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Konsert Fabulous Friday: 'Saya kecewa tidak dapat berikan yang terbaik' - Awie
Legenda rock tanah air, Datuk Awie mengakui kecewa tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada malam kedua Konsert Fabulous Friday.
Siasatan belum selesai, Polis Melaka nafi sudah keluarkan kompaun terhadap Awie
Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Razali Abu Samah, setakat ini pihaknya hanya mengambil keterangan dan tiada sebarang kompaun telah dikeluarkan seperti didakwa.
Wings hadiahkan Konsert Kita Merdeka sempena 35 tahun dalam muzik
Konsert norma baharu secara langsung tanpa penonton itu dirancang dalam masa dua bulan dan Wings menjadi artis pertama di negara ini melakukannya.
Sukar bernafas, Awie dirawat di hospital
Datuk Awie kini terlantar di hospital Ampang Puteri selepas mengadu sukar untuk bernafas.
Awie berdoa diberi peluang bertemu anak-anak
Awie mengakui masih belum berkesempatan berjumpa dengan anak-anaknya.
Muka saya garang, tapi dalam hati ada taman - Awie
Vokalis kumpulan Wings, Awie mengakui ramai atis muda takut untuk menegurnya kerana dia mempunyai raut wajah yang garang.
Awie kahwin hujung minggu ini di lokasi rahsia
Vokalis kumpulan Wings Awie mengakui bakal berkahwin pada hujung minggu ini, tetapi merahsiakan lokasi perkahwinannya itu.
Awie didenda RM2,000 kerana cederakan bekas isteri
Majistret menjatuhi hukuman itu selepas Awie menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
'Patah hidung kerana saya? Tolonglah berhenti berbohong' - Awie
Penyanyi dan pelakon Awie, tidak terkejut dengan tindakan terbaru isterinya, Rozana Misbun yang mahu mengemukakan saman kerana mendakwa 'patah hidung' akibat dipukul olehnya.