Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
HIBURAN

Awie teruskan Konsert Ulang Tahun Ke-40 selepas Eddie, Black tinggalkan Wings

Gempak 11/10/2025 | 10:48 MYT
Konsert Ulang Tahun ke-40 WINGS tetap diteruskan pada 28 November 2025 di Idea Live Arena, Damansara meskipun Eddie (kanan) dan Black (kiri) telah mengundurkan diri daripada kumpulan. -Foto Gempak
MESKI berdepan konflik pengunduran dua anggota asal iaitu Eddie (bass) dan Black (dram), Wings tetap akan meneruskan agenda penting iaitu Konsert Ulang Tahun ke-40 WINGS yang dijadual berlangsung pada 28 November ini.


Ringkasan AI
  • Konsert Ulang Tahun ke-40 WINGS tetap diteruskan pada 28 November 2025 di Idea Live Arena, Damansara meskipun Eddie dan Black telah mengundurkan diri daripada kumpulan.
  • Penganjur menegaskan persiapan berjalan lancar dan konsert ini merupakan penghargaan terhadap empat dekad perjalanan seni WINGS sejak 1985.
  • Awie kini bersama Edrie Hashim dan Sham yang menyertai kumpulan pada 2018, selepas Joe meninggalkan WINGS pada 2017.


Penganjuran tersebut diteruskan sebagai tanda penghargaan terhadap empat dekad perjalanan seni kumpulan yang menjadi ikon muzik rock Malaysia sejak tahun 1985.

Menurut Datuk Eddy Amir Salim, selaku penganjur dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Rumah Produksi Merah (RPM), Konsert WINGS 40: 4 Dekad Terbang Tinggi dijadual berlangsung pada 28 November 2025 di Idea Live Arena, Damansara, juga menegaskan semua persiapan berjalan lancar.

“Pihak pengurusan menegaskan bahawa semua persiapan berjalan lancar, dan para peminat boleh menjangkakan pengalaman konsert yang epik serta penuh nostalgia.

“Ulang tahun ke-40 ini bukan sekadar persembahan — ia adalah satu penghargaan kepada nama WINGS yang telah menghiburkan peminat selama empat dekad.

“Kami ingin memastikan setiap penonton membawa pulang kenangan indah bersama lagu-lagu ikonik WINGS,” katanya dalam kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media.

Eddy turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Eddie dan Black.

Terdahulu Eddie dan Black secara bersama memberi kenyataan telah meninggalkan vokalis, Awie dan Wings pada 8 Oktober 2025.

Tanpa menyatakan secara terperinci mengenai keputusan meninggalkan Wings, Eddie dan Black juga mengumumkan tidak akan terlibat dengan konsert 40 tahun kumpulan itu yang dijadual pada bulan hadapan.

Selain Eddie dan Black, pemain gitar Wings, Joe telah meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2017.

Kini Awie ditemani Edrie Hashim dan Sham yang menyertai Wings pada 2018. -Gempak





#Awie #Konsert Ulang Tahun ke-40 #Wings #Eddie dan Black #Edrie Hashim dan Sham