“SAYA ingin mendedikasikan kemenangan ini kepada ayah saya, Wally,”

“Saya dah cakap yang saya akan mendapatkan pekerjaan,” itulah antara ucapan aktres Awkwafina yang mencipta sejarah sebagai pelakon berdarah Asia pertama yang memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik - Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe 2020 di sini.

Anugerah yang dimenanginya itu juga menjadi kemenangan tunggal bagi filem The Farewell yang mana beliau memegang watak berketurunan Cina-Amerika yang bergelut dengan identiti budayanya semasa ingin melindungi neneknya (Zhao Shuzhen).

Filem The Farewell itu juga berdasarkan daripada kisah sebenar dan hasil daripada itu, Awkwafina menewaskan nama besar lain yang turut disenaraikan iaitu Cate Blanchett, Emma Thompson, Beanie Feldstein dan Ana de Armas.

Awkwafina atau nama sebenarnya, Nora Lum turut menzahirkan rasa gugup dan terkejut di atas kemenangannya itu dan sempat berterima kasih dan menunjukkan rasa penghargaan terhadap neneknya, yang juga disifatkan sebagai kawan baiknya kerana telah membesarkannya.

Sewaktu ucapan penerimaannya, Awkwafina juga tidak terlepas mengucapkan terima kasih kepada pengarah The Farewell, Lulu Wang atas 'peluang sekali seumur hidup'.

Beliau kemudian mengucapkan terima kasih kepada keluarganya, termasuk ibunya, yang meninggal dunia semasa beliau masih kecil.

Awkwafina yang dilahirkan di New York, Amerika Syarikat (AS) itu meraih populariti menerusi filem Crazy Rich Asians yang turut dibintangi oleh beberapa bintang kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh dan Henry Golding.

Manakala, bagi Pelakon Filem Lelaki Terbaik – Muzikal/ Komedi dinobatkan kepada taron Egerton menerusi filem Rocketman sekali gus menewaskan nama-nama besar seperti Daniel Craig, Roman Griffin Davis, Leonardo DiCaprio dan Eddie Murphy.

Filem Joker yang disebut-sebut mampu merebut anugerah utama tidak pulang dengan tangan kosong. Watak supervillain ternama di kota fiksyen Gotham City yang dilakonkan aktor Joaquin Phoenix, berjaya menobatkannya sebagai Pelakon Filem Lelaki Terbaik.

Dalam pada itu, filem arahan Todd Philips itu menang kategori Skor Muzik Terbaik.

Berikut merupakan senarai penuh bagi pemenang-pemenang di Golden Globe Awards 2020:-

Filem Terbaik - Drama:
- “1917”

Aktor Terbaik bagi Filem - Drama:
- Joaquin Phoenix (Joker)

Aktres Terbaik bagi Filem - Drama:
- Renée Zellweger (Judy)

Filem Terbaik – Muzikal/Komedi:
- “Once Upon a Time in Hollywood”

Aktor Terbaik - Muzikal/Komedi:
- Taron Egerton (Rocketman)

Aktres Terbaik - Muzikal/Komedi
- Awkwafina (The Farewell)

Pembantu Aktor Terbaik Filem:
- Brad Pitt (Once Upon a Time in Hollywood)

Pembantu Aktres Terbaik Filem:
- Laura Dern (Marriage Story)

Skor Asal Filem Terbaik:
- Joker (Hildur Guðnadóttir)

Filem Bahasa Asing Terbaik:
- Parasite

Pengarah Terbaik:
- Sam Mendes (1917)

Lagu Asli Terbaik – Filem:
- "I'm Gonna Love Me Again," (Rocketman)

Layar Skrin Terbaik:
- Once Upon a Time in Hollywood - Quentin Tarantino

Filem Animasi Terbaik:
- Missing Link

Siri Televisyen Terbaik:
- Chernobyl

Aktor Terbaik Siri Televisyen - Drama:
- Brian Cox, Succession

Aktres Terbaik Siri Televisyen - Drama:
- Olivia Colman (The Crown)

Aktor Terbaik Siri Terhad Televisyen:
- Russell Crowe (The Loudest Voice)

Aktor Terbaik Siri Terhad Televisyen:
- Michelle Williams (Fosse/Verdon)

Aktor Pembantu Terbaik Siri Televisyen:
- Stellan Skarsgård (Chernobyl)

Aktres Pembantu Terbaik Siri Televisyen:
- Patricia Arquette, The Act

Siri Televisyen Terbaik (Muzikal/Komedi):
- Fleabag

Aktor Terbaik Siri Televisyen – Muzikal/Komedi:
- Ramy Youssef (Ramy)

Aktres Terbaik Siri Televisyen – Muzikal/Komedi:
- Phoebe Waller-Bridge, Fleabag

Siri Drama Terbaik:
- Succession