[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
ENTERTAINMENT

Ayah Remy Ishak meninggal dunia

Gempak 21/12/2019 | 04:00 MYT
Berita duka itu disampaikan oleh Remy menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya. - Foto Instagram Remy Ishak
AKTOR terkenal Remy Ishak memaklumkan bapa kesayangannya, Ishak Idris telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.
Berita duka itu disampaikan oleh Remy menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya.
"Ayah saya Ishak Bin Idris menghembus nafas yang terakhir awal pagi tadi. Al-fatihah untuk ayah," tulisnya secara ringkas.
Di ruangan komen, rakan artis dan peminat turut meninggalkan ucapan takziah serta bersama-sama berduka.
Gempak ucapkan salam takziah kepada Remy dan keluarga.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.

Ayah saya ISHAK BIN IDRIS menghembus nafas yang terakhir awal pagi tadi. Al fateha untuk ayah

#Allah #Ayah Remy Ishak meninggal dunia #Bapa Remy Ishak meninggal #berita hiburan #Instagram #Ishak Idris #keluarga #meninggal dunia